Masihkan anda semua ingat kejadian
pencerobohan di Lahad Datu oleh golongan yang menggelarkan mereka Angkatan
Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara pada 11 Februari 2013?
Kes
yang sangat menggemparkan negara malahan di sekitar Asia. Namun, sehingga kini
dalang di dalam isu pencerobohan tersebut masih tidak didedahkan walaupun
terdapat persepsi dan tanggapan dalang tersebut adalah beberapa pucuk pimpinan
Pakatan Rakyat, termasuklah Anawar Ibrahim.
Persepsi tersebut timbul apabila
masyarakat mengkaji kronologi perjalanan dan pertemuan yang berlangsung
diantara mereka dan kumpulan lanun penceroboh tersebut. Tidak lama sejurus
pertemuan diantara kedua belah pihak tersebut, pihak lanun Sulu mengceroboh dan
menyerang Lahad Datu dan Semporna.
Umum mengetahui, apa yang akan terjadi
sekiranya perbicaraan pencerobohan itu dijalankan. Dalang kejadian tersebut
akan dikenakan hukuman gantung sekiranya didapati bersalah di atas cubaan
melancarkan peperangan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong.
Pada tahun 2000, terjadi kejadian yang hampir
serupa dengan tragedi Lahad Datu. Pada masa tersebut, terdapat sekumpulan
militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Al Maunah yang bertempat di Sauk,
Kuala Kangsar,Perak.
Kumpulan tersebut yang terdiri dari kumpulan militan dan
kumpulan silat bercita cita mendirikan sebuah Kerajaan Islam menerusi
pertumpahan darah dan revolusi.
Mereka lantas melancarkan peperangan terhadap
kerajaan Malaysia. Walaupun tragedi itu dapat diatasi oleh kerajaan
Malaysia,namu pada permulaan tragedi itu, PAS sedaya upaya menfitnah dengan
mengatakan tragedi itu semata mata sandiwara untuk menyelamatkan kerajaan Dr
Mahathir.
Namun tuduhan itu hilang begitu sahaja apabila fakta-fakta
dibentangkan di mahkamah, tambah mengejutkan apabila diketahui, ketua Al
Maunah, Mohamed Amin bin Mohd Razali adalah ahli PAS!!
PAS tidak lagi bercerita tentang SANDIWARA,
bahkan media Internet yang pada waktu itu cukup popular menyokong PAS dan gerakan
Reformasi, turut tidak lagi bercerita tentang Tragedi Sauk. Kematian Mohamed
Amin sendiri pun, tidak mendapat sebarang publisiti daripada PAS dan
media-media Internet pro-PAS mahupun Reformasi.
Selepas peristiwa di Sauk, Perak tersebut,
tiada lagi penentang kerajaan yang berani bertindak ekstrem dengan menggunakan
senjata. Seiring dengan perubahan zaman, mereka menetang kerajaan menggunakan
lidah dan tulisan mereka. Pakatan Rakyat telah beberapa kali menganjurkan
demonstrasi dalam usaha menggulingkan kerajaan.
Walaupun mereka tidak mendakwa
perhimpunan itu anjuran mereka,namun ucapan dan seruan pucuk pimpinan mereka
yang menggalakkan penyokong mereka untuk turun berdemonstrasi dan merusuh serta
memaksa kerajaan dibubarkan dan diserahkan kepada Pakatan Rakyat,jelas
membuktikan mereka adalah perancang utama demonstrasi tersebut.Lihat sahaja
ucapan-ucapan Anwar Ibrahim terutamanya semasa menjelang PRU13 dan selepas
kekalahan mereka.
Mereka turun ke jalanan atas alasan SPR tidak adil walaupun
pihak SPR telah membentangkan bukti-bukti untuk mematahkan hujah pihak
pembangkang. Namun menjadi kebiasaan pihak pembangkang,mereka tidak akan
menerima penjelasan yang dibuat. Ianya mendorong kepada terjadinya himpunan
yang digelar BLACKOUT 505.
Setelah selesainya perhimpunan Blackout 505
yang boleh dikatakan gagal, Anwar Ibrahim dan PKR terus menunggu satu X FACTOR
untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ini. Yang mereka perlukan hanyalah
alasan. Mereka mendapat peluang yang terbaik apabila kerajaan mengumumkan
peningkatan harga perkhidmatan dan barang selain cukai.
PKR menerusi beberapa
NGOnya seperti Jingga 13 dan SAMM terus mengatur satu lagi gerakan untuk
menggulingkan kerajaan yang dinamakan GERAKAN MENGGULINGKAN KERAJAAN.
Tarikh 31 Disember 2013, waktunya tengah
malam, telah dipilih untuk tujuan tersebut. Kempen-kempen subversif telah pun
dimulakan di Internet, khususnya di Facebook. Menggelikan hati apabila SAMM
menafikan mereka menganjur perhimpunan tersebut sedangkan seruan untuk ke
dataran untuk menggulingkan kerajaan datang dari website SAMM sendiri!!
Kita bakal menyaksikan usaha para penyokong
Pakatan Rakyat untuk menyalahkan pihak polis dan anggota keselamatan bagi
perbuatan subversif mereka. Mereka tidak akan pernah menyalahkan diri sendiri,
tetapi mereka akan terus membenarkan perbuatan mereka dengan terus berpegang
kepada alasan-alasan karut mereka sendiri. Hanya kerana isu Lahad Datu yang
masih belum selesai, Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.
PAKATAN RAKYAT tidak berani
menyuarakan keinginan dan hasrat mereka untuk menggulingkan kerajaan secara
terang-terangan, sebaliknya hanya berselindung di sebalik beberapa alasan dan
provokasi kanak-kanak berotak mentah.
No comments :
Post a Comment