Kebelakangan ini,
umum mengetahui bahawa harga barangan terutamanya makanan basah telah meningkat naik. Bagi suri rumahtangga atau sesiapa yang selalu ke pasar untuk membeli
makanan basah, peningkatan harga pasti disedari dan dirasai mereka. Tekanan
demi tekanan yang dihadapi oleh pengguna pastinya akan membuatkan mereka
mencari pihak yang patut dipersalahkan.
Dan umumnya,kerajaanlah yang akan
ditunding jari oleh mangsa mangsa tekanan ekonomi ini. Biarpun Menteri KPDNKK
telah memberi jaminan harga tidak akan banyak berubah,namum benarkah tiada
kenaikan harga tersebut? Hakikatnya kenaikan tetap terjadi dan pengguna
terpaksa mengeluarkan belanja lebih dalam keadaan nilai wang makin kecil.
Namun sedarkah rakyat akan kenaikan harga barangan dan
makanan basah tersebut dibuat oleh golongan pemborong? Bagi peniaga-peniaga
kecil di pasar, mereka akan sedia maklum kenaikan tersebut dibuat oleh golongan
orang tengah terbabaik (pemborong). Sedar atau tidak, golongan pemborong
seolah-olah kebal dari sebarang tindakan undang-undang.
Golongan tersebut menjadi “MASTERMIND” kepada naik dan turun harga barangan dan makanan basah. Golongan tersebut juga yang menjalankan aktiviti menyorok stok makanan untuk menaikkan permintaan sekaligus menaikkan harga jualan. Sudah sekian lama golongan pemborong ini menjalankan kegiatan seperti ini, namum tidak pernah mereka dipersalahkan. Mangsa yang menjadi amarah rakyat, adalah kerajaan.
Golongan tersebut menjadi “MASTERMIND” kepada naik dan turun harga barangan dan makanan basah. Golongan tersebut juga yang menjalankan aktiviti menyorok stok makanan untuk menaikkan permintaan sekaligus menaikkan harga jualan. Sudah sekian lama golongan pemborong ini menjalankan kegiatan seperti ini, namum tidak pernah mereka dipersalahkan. Mangsa yang menjadi amarah rakyat, adalah kerajaan.
Kerajaan mutakhir ini bertalu talu
menerima berbagai desakan untuk menaikkan harga oleh persatuan-persatuan
pemborong .Malahan tidak ketinggalan persatuan yang memberi perkhidmatan
seperti pengusaha bas sekolah dan lain lain juga tidak ketinggalan turut sama
mendesak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran dan tambang.
Walaupun telah berkali-kali kerajaan memberikan amaran kepada golongan tersebut, nyata mereka memandang enteng terhadap amaran yang dikeluarkan. Tindakan mereka yang terus mendesak kerajaan menimbulkan persepsi seolah olah kerajaan tidak mampu membuat apa –apa melainkan hanya berterusan memberi amaran kosong.
Bagi persatuan perniagaan makanan pula, alasan yang sering mereka kemukakan adalah penambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Mereka menggunakan seribu satu alasan seperti banjir yang melanda di negara China sekaligus kerajaan China mengurangkan eksport gandum.
Walaupun telah berkali-kali kerajaan memberikan amaran kepada golongan tersebut, nyata mereka memandang enteng terhadap amaran yang dikeluarkan. Tindakan mereka yang terus mendesak kerajaan menimbulkan persepsi seolah olah kerajaan tidak mampu membuat apa –apa melainkan hanya berterusan memberi amaran kosong.
Bagi persatuan perniagaan makanan pula, alasan yang sering mereka kemukakan adalah penambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Mereka menggunakan seribu satu alasan seperti banjir yang melanda di negara China sekaligus kerajaan China mengurangkan eksport gandum.
Ianya semata mata
alasan untuk mewajarkan tindakan mereka. Seringkali kegiatan menaikkan harga
dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan
menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan
kotak bercip.
Sebagai contoh senario yang terjadi dalam isu ini;
Sebagai pengetahuan bersama, Industri Perikanan di Malaysia
terletak di bawah kuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Namun sedarkan
kegiatan pemborongan seolah-olah tidak tertakluk di bawah bidang kuasa LKIM
tersebut. Malahan, kegiatan tersebut juga seakan-akan bebas dari tertakluk di
bawah Kementerian Pertanian dan KPDNKK.
Keadaan kenaikan harga bahan makanan basah ini bukanlah
senario yang baru terjadi. Ianya telah terjadi sejak sekian lama dan berlarutan
sehinggalah pada masa sekarang, akhir 2013. Sekiranya ditanya kepada penjual
dan peniaga tentang kenaikan barangan ini, jawapan yang bakal diterima adalah
sama kesemuanya, yakni pemborong telah menaikkan harga.
Bertambah Menarik
apabila soalan yang sama ditanya kepada golongan pemborong yang majoritinya
golongan bermata sepet ini, pantas mereka menunding jari kepada kerajaan
kononya kerajaan telah menaikkan harga. Malangnya tohmahan yang dilemparkan
seringkali dipercayai oleh masyarakat tanpa menyedari senario yang terjadi
telah menguntungkan golongan tersebut. Dan berterusanlah rakyat menjadi mangsa.
Seringkali kerajaan dipersalahkan apabila membuat keputusan
berkenaan dengan tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi serta membuat
penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa
barangan lain. Dan kebiasaannya keputusan kerajaan pula tertakluk kepada
tekanan golongan pemborong ini.
Demi memastikan stok barangan berkurangan di
pasaran, kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan tersebut setelah didesak
dan diugut oleh golongan pemborong ini. Dalam hal melibatkan tarif elektrik
pula, keputusan kerajaan terikat dengan faktor perjanjian yang telah dimeterai
menyebabkan kerajaan terpaksa akur.
Seperti kebiasaan, kerajaan sentiasa menjadi sasaran
amarah rakyat yang terpedaya dengan sandiwara dan tohmahan pembangkang yang
menggambarkan kerajaan Malaysia ini seolah olah kerajaan Komunis dan Sosialis
yang membuat penentuan segala harga kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan
barangan di pasaran akan menjadi kesalahan kerajaan walhal “hantu” disebalik
kekurangan barangan tersebut adalah golongan pemborong. Tindakan menyorok stok
barangan di pasaran sering kali terjadi ketika menjelang hari perayaan demi
menaikkan harga barangan tersebut. Bukahkan keadaan ini berlaku setiap tahun?
Masihkah rakyat tidak sedar golongan manakah yang menjadi dalang tersebut?.
Menerusi krisis ini, dapatlah digambarkan seolah kuasa di
Malaysia ini bukanlah pada kerajaan, tetapi golongan pemborong tersebut.
Merekalah yang melakukan tekanan dan membiayai segolongan orang untuk
mempercepatkan tekanan melalui demontrasi dan kerja huru hara lain. Malangnya
kebanyakan rakyat tetap melihat kerajaan yang bersalah dalam hal ini.
Namun kebanyakan rakyat Malaysia seringkali berfikiran
singkat dan gagal mengimplikasikan ilmu pengetahuan asas sebaliknya sering
mengambil jalan mudah untuk mengatasi kenaikan harga di dalam negara dengan
melakukan rusuhan dan demontrasi berharapan untuk menukarkan kerajaan. Sedarkah
mereka seandainya kerajaan Malaysia telah ditadbir oleh bukan BN/UMNO
sekalipun, kenaikan harga tetap akan berlaku malahan mungkin lagi parah.
Apakah
mereka sangkakan golongan pemborong ini akan berpuas hati? Tidak dan mustahil!.
.Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk
tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga
seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga
secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir
dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas
lain terjejas kerana permainan politik para pemborong.
Pemborong
mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan...
No comments :
Post a Comment