KUALA
LUMPUR: Pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) tidak akan menjadi kenyataan selepas
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam ini memohon maaf dan
memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar
beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Aseh
yang memuat naik status terbarunya di laman Facebook (FB) lewat malam ini
menjelaskan bahawa tiada permohonan dibuat oleh Hard Rock International untuk
mewujudkan HRC walaupun mengakui menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof Syed
Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan
serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.
“Namun
tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan
tidaklah timbul sama sekali.
“Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak,
saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip
serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan
yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat
pentadbiran kerajaan.
“Saya
mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di
kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam Facebook.
Semalam,
cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan
bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.
Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di
Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai
tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson
dan golongan muda.
Beberapa jam selepas berita pembukaan Hard Rock Cafe disiarkan di Internet,
satu akaun di laman sosial Facebook (FB) diwujudkan menggunakan nama ‘Rakyat
Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya’ yang mendapat
lebih 7,000 ‘likes’ hingga tengah malam ini.
“Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta
Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah
negara Islam.
“Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat
lain, bukan di Putrajaya.” Itu antara penjelasan bertulis yang terdapat pada
akaun berkenaan.
Selain
akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun
‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ dan ia mendapat bantahan daripada
pengikut laman itu.
Malah, tinjauan Harian Metro bagi mendapatkan reaksi daripada orang ramai
mendapati, kebanyakannya memberikan maklum balas menolak pembukaan cawangan
Hard Rock Cafe yang dijangka beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3, di sini.
Kakitangan kerajaan, Azahani Ahmad Othman, 30, berkata, kafe bertaraf
antarabangsa itu tidak sepatutnya dibuka di Putrajaya kerana kebanyakan
komuniti di sini adalah Muslim.
“Saya membantah pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dan berharap tiada ruang
diberikan untuk ia beroperasi di sini.
“Pada masa sama, kita tidak mahu menjejaskan imej Putrajaya kerana ini adalah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tidak sepatutnya Hard Rock Cafe
berada di sini,” katanya.
Ahli Perniagaan Muhamad Khairuddin Othman, 30, berkata, pembukaan Hard Rock
Cafe di Putrajaya akan memberi peluang kepada pengusaha kelab malam lain untuk
cuba mendapatkan lesen beroperasi di sini.
“Kita tidak perlu mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada kafe berkenaan
beroperasi di sini kerana kita sememangnya tidak mahu Hard Rock Cafe beroperasi
di Putrajaya.
"Walaupun saya bukan penduduk Putrajaya tetapi saya berpendapat, Putrajaya
tidak sepatutnya mempunyai Hard Rock Cafe," katanya.
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Muhammad Iqbal M.A Karim, 22, berkata, untuk
menarik kehadiran pengunjung di Putrajaya, pembukaan Hard Rock Cafe bukan
langkah terbaik.
Menurutnya, lokasi pusat Pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sudah terkenal
dan mempunyai kawasan menarik sekali gus pembukaan kafe bertaraf antarabangsa
tidak diperlukan.
HARIAN METRO 2014/01/06
Tiada Hard
Rock Cafe Putrajaya !!!
Aseh
yang memuat naik status terbarunya di laman Facebook (FB) lewat malam ini
menjelaskan bahawa tiada permohonan dibuat oleh Hard Rock International untuk
mewujudkan HRC walaupun mengakui menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof Syed
Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan
serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.
“Namun
tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan
tidaklah timbul sama sekali.
“Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan.
“Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan.
“Saya
mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di
kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam Facebook.
Semalam, cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.
Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda.
Beberapa jam selepas berita pembukaan Hard Rock Cafe disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook (FB) diwujudkan menggunakan nama ‘Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya’ yang mendapat lebih 7,000 ‘likes’ hingga tengah malam ini.
“Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam.
“Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya.” Itu antara penjelasan bertulis yang terdapat pada akaun berkenaan.
Selain
akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun
‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ dan ia mendapat bantahan daripada
pengikut laman itu.
Malah, tinjauan Harian Metro bagi mendapatkan reaksi daripada orang ramai mendapati, kebanyakannya memberikan maklum balas menolak pembukaan cawangan Hard Rock Cafe yang dijangka beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3, di sini.
Kakitangan kerajaan, Azahani Ahmad Othman, 30, berkata, kafe bertaraf antarabangsa itu tidak sepatutnya dibuka di Putrajaya kerana kebanyakan komuniti di sini adalah Muslim.
“Saya membantah pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dan berharap tiada ruang diberikan untuk ia beroperasi di sini.
“Pada masa sama, kita tidak mahu menjejaskan imej Putrajaya kerana ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tidak sepatutnya Hard Rock Cafe berada di sini,” katanya.
Ahli Perniagaan Muhamad Khairuddin Othman, 30, berkata, pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan memberi peluang kepada pengusaha kelab malam lain untuk cuba mendapatkan lesen beroperasi di sini.
“Kita tidak perlu mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada kafe berkenaan beroperasi di sini kerana kita sememangnya tidak mahu Hard Rock Cafe beroperasi di Putrajaya.
"Walaupun saya bukan penduduk Putrajaya tetapi saya berpendapat, Putrajaya tidak sepatutnya mempunyai Hard Rock Cafe," katanya.
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Muhammad Iqbal M.A Karim, 22, berkata, untuk menarik kehadiran pengunjung di Putrajaya, pembukaan Hard Rock Cafe bukan langkah terbaik.
Menurutnya, lokasi pusat Pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sudah terkenal dan mempunyai kawasan menarik sekali gus pembukaan kafe bertaraf antarabangsa tidak diperlukan.

No comments :
Post a Comment