2 Januari 2014
Baru permulaan tahun baru,
tetapi DS Najib sudah buat statement yang boleh mencabar kesabaran rakyat. Kenyataan tentang 11 langkah pengurangan kos perbelanjaan
kerajaan diulas oleh DS Najib kononnya mendapat maklum balas yang baik dari
rakyat. MAKLUM BALAS YANG BAIK??
Saya tak salahkan DS Najib dalam hal ini.
Seperti mana yang kita tahu, hal –hal berkaitan dengan urusan seperti ini, DS
Najib akan diberikan penerangan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana ,Menteri (PRIME MINISTER OFFICE). Yang
menjadi persoalan, kenapa pegawai-pegawai dari PMO tidak memberi penerangan
yang sebenar kepada DS Najib tentang hal ini?
Berani saya katakan sejak diumumkan langkah
pengurangan kos perbelanjaan kerajaan
oleh DS Najib, hampir 80% rakyat memandang jelek. Tidak keterlaluan juga saya
katakan yang terdapat pemimpin-pemimpin BN juga memandang enteng pengumuman
itu.
Tidak perlu buat borang soal selidik.
Perhatikan sahaja komen – komen yang terdapat pada ‘posting’ Facebook DS Najib
apabila beliau membuat kenyataan tersebut. Facebook DS Najib yang dipenuhi
penyokong-penyokong setia yang terdiri dari rakyat marhein sebelum ini sangat
menyokong apa-apa dasar yang dibuat oleh DS Najib. Tetapi cuba perhatikan komen
yang terdapat pada posting tentang langkah pengurangan kos kerajaan. Hampir
kesemua komen tersebut mengutuk langkah-langkah tersebut.
DS Najib patut faham. Rakyat jelata tidak
ambil peduli tentang langkah penjimatan / pengurangan kos oleh kerajaan. Apa
yang rakyat faham adalah hal berkaitan dengan poket mereka. Rakyat meluat
apabila DS Najib terangkan langkah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk
mengurangkan kos sedangkan rakyat tetap menghadapi kenaikan kos hidup yang
tinggi.
Makin meluat rakyat pada kerajaan apabila
pada PRU 13 dahulu, DS Najib selalu melafazkan “ kami mendengar masalah anda
tentang kos sara hidup”. Alih-alih selepas PRU 13, rakyat dihidangkan dengan
berbagai-bagai kenaikan / rancangan kenaikan kos sara hidup. Mantan Perdana
Menteri , Tun Mahathir Mohamad telah berulang kali menegur pimpinan kerajaan
sekarang agar mengawal perbelanjaan. Telah nampak kekecewaan mantan PM tersebut
akan hal ini.
Seperti mana yang telah saya katakan awal
penulisan tadi, saya yakin DS Najib membuat langkah-langkah tersebut setelah
dinasihatkan oleh pegawai-pegawai PMO. Malah keputusan / pengumuman DS Najib
sebelum-sebelum ini pun banyak yang dibuat setelah dinasihat oleh pegawai PMO.
Namun DS Najib perlu ingat, ketika zaman Paklah meneraju kerajaan, angkara
nasihat-nasihat dari pegawai PMO lah menyebabkan Pak Lah tersungkur setelah
berulang kali membuat keputusan/kenyataan yang tidak popular. Istilah “dudak
tingkat 4” cukup popular pada zaman tersebut merujuk kepada sekelompok
penasihat PM yang cukup berkuasa atas segala keputusan PM ketika itu. Malah
tidak mustahil kalau andaian mengatakan terdapat sabotaj terhadap PM oleh
pegawai-pegawai PMO tersebut.
NAMUM
DS NAJIB, DENGARLAH RAYUAN RAKYAT MARHEIN INI. PERSETANKAN NASIHAT-NASIHAT
PEGAWAI PMO TERSEBUT. DENGARLAH RUNGUTAN DAN KELUHAN RAKYAT JELATA. KEMBALIKAN
KEYAKINAN RAKYAT PADA KEPIMPINAN DS NAJIB.
No comments :
Post a Comment