Saturday, 4 January 2014

DS Najib, RAKYAT TIDAK PEDULI DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENGURANGAN KOS KERAJAAN


2 Januari 2014

Baru permulaan tahun baru, tetapi DS Najib sudah buat statement yang boleh mencabar kesabaran rakyat.  Kenyataan tentang 11 langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan diulas oleh DS Najib kononnya mendapat maklum balas yang baik dari rakyat. MAKLUM BALAS YANG BAIK??

Saya tak salahkan DS Najib dalam hal ini. Seperti mana yang kita tahu, hal –hal berkaitan dengan urusan seperti ini, DS Najib akan diberikan penerangan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana ,Menteri (PRIME MINISTER OFFICE).  Yang menjadi persoalan, kenapa pegawai-pegawai dari PMO tidak memberi penerangan yang sebenar kepada DS Najib tentang hal ini? 

Berani saya katakan sejak diumumkan langkah pengurangan kos perbelanjaan  kerajaan oleh DS Najib, hampir 80% rakyat memandang jelek. Tidak keterlaluan juga saya katakan yang terdapat pemimpin-pemimpin BN juga memandang enteng pengumuman itu.  

Tidak perlu buat borang soal selidik. Perhatikan sahaja komen – komen yang terdapat pada ‘posting’ Facebook DS Najib apabila beliau membuat kenyataan tersebut. Facebook DS Najib yang dipenuhi penyokong-penyokong setia yang terdiri dari rakyat marhein sebelum ini sangat menyokong apa-apa dasar yang dibuat oleh DS Najib. Tetapi cuba perhatikan komen yang terdapat pada posting tentang langkah pengurangan kos kerajaan. Hampir kesemua komen tersebut mengutuk langkah-langkah tersebut.
 
DS Najib patut faham. Rakyat jelata tidak ambil peduli tentang langkah penjimatan / pengurangan kos oleh kerajaan. Apa yang rakyat faham adalah hal berkaitan dengan poket mereka. Rakyat meluat apabila DS Najib terangkan langkah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sedangkan rakyat tetap menghadapi kenaikan kos hidup yang tinggi. 

Makin meluat rakyat pada kerajaan apabila pada PRU 13 dahulu, DS Najib selalu melafazkan “ kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup”. Alih-alih selepas PRU 13, rakyat dihidangkan dengan berbagai-bagai kenaikan / rancangan kenaikan kos sara hidup. Mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir Mohamad telah berulang kali menegur pimpinan kerajaan sekarang agar mengawal perbelanjaan. Telah nampak kekecewaan mantan PM tersebut akan hal ini. 

Seperti mana yang telah saya katakan awal penulisan tadi, saya yakin DS Najib membuat langkah-langkah tersebut setelah dinasihatkan oleh pegawai-pegawai PMO. Malah keputusan / pengumuman DS Najib sebelum-sebelum ini pun banyak yang dibuat setelah dinasihat oleh pegawai PMO. Namun DS Najib perlu ingat, ketika zaman Paklah meneraju kerajaan, angkara nasihat-nasihat dari pegawai PMO lah menyebabkan Pak Lah tersungkur setelah berulang kali membuat keputusan/kenyataan yang tidak popular. Istilah “dudak tingkat 4” cukup popular pada zaman tersebut merujuk kepada sekelompok penasihat PM yang cukup berkuasa atas segala keputusan PM ketika itu. Malah tidak mustahil kalau andaian mengatakan terdapat sabotaj terhadap PM oleh pegawai-pegawai PMO tersebut.

NAMUM DS NAJIB, DENGARLAH RAYUAN RAKYAT MARHEIN INI. PERSETANKAN NASIHAT-NASIHAT PEGAWAI PMO TERSEBUT. DENGARLAH RUNGUTAN DAN KELUHAN RAKYAT JELATA. KEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT PADA KEPIMPINAN DS NAJIB.

Ancaman Kristianisasi di Malaysia: Kenapa Mereka Makin Berani??

Pada khamis 2/1/2014, dua hari setelah menjelang tahun baru, pihak JAIS telah menjalankan satu serbuan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara,Petaling Jaya. Lebih 300 naskah Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban dirampas.  Serbuan dijalankan mengikut Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama Kepada orang Muslim).

Sebelum itu, editor akhbar mingguan Katilik The Herold, paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah walaupun bercanggah dengan titah Sultan Selangor pada 14 Disember 2013.


Walaupun tindakan paderi tersebut jelas bertenang dengan titah baginda Sultan, namun seperti biasa tindakannya terus mendapat sokongan-sokongan dari pemimpin parti politik pembangkang.  Malahan tindakan JAIS menyerbu dan merampas Bible berbahasa Melayu mendapat kencaman yang hebat daripada pemimpin pembangkang.  

Lebih menyedihkan apabila diantara pemimpin tersebut datangnya dari parti yang katanya memperjuangkan Islam.   






Malahan berkaitan dengan langkah penyerbauan JAIS tersebut, terdapat banyak posting dan komen di facebook yang mengutuk dan menghina JAIS sekaligus menjatuhkan maruah Islam di Malaysia.
 



Sekarang sudah jelas ancaman kristianisasi di Malaysia. Tidak salah melabelkan mereka sebagai biadap apabila sudah berani secara terang terangan menghina Islam dan melanggar titah Sultan Baginda.  Namun tidak menjadi kepelikan kenapa “golongan” ini terlampau berani bertindak sedemikian. Ianya kerana terdapat parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam namun bertindak sebagai pembela utama dalam golongan tersebut dalam usaha memurtadkan penganut Islam di Malaysia.
  






"MEREKA SEBAGAI BIADAP APABILA SUDAH BERANI SECARA TERANG TERANGAN MENGHINA ISLAM DAN MELANGGAR TITAH SULTAN BAGINDA"