Wednesday 26 February 2014

SAMAN RM 2 JUTA : NILAI WANG ATAU NILAI MARUAH







Maka kecohlah sekarang apabila Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) dikenakan tindakan saman RM 2 juta oleh rakan seperjuangan TAHALUF SIYASI nya sendiri yakni ahli PKR, Mohd Syamsul Bin Mat Amin, calon Adun PKR Dun Sungai Besi, Terengganu. Heboh di media siber politik berkaitan isu ini. Di blog pro PAS,mereka mengatakan bahawa tindakan itu tidak adil. Mereka juga berkata PKR tidak pandai mengurus ahlinya. Di belah blog pro PKR pula, mereka bersorak kegembiraan apabila Presiden PAS dikenakan membayar RM 2 juta oleh pihak mahkamah. Manakala bagi penyokong Umno pula, senario ini sangatlah jarang terjadi. Pergaduhan di dalam sesama kem parti sangat jarang kedengaran oleh umum.



Isu ini juga menjalar di mana mana tempat. Di kedai kopi, di masjid, tempat kerja hatta di kedai mamak sekalipun. Rata rata pada pendapat penyokong PAS, isu ini bukanlah kerana jumlah RM 2 juta yang dikenakan kepada President PAS tersebut. RM 2 juta adalah jumlah yang kecil sebenarnya. Malahan kalau saman RM 200 juta sekalipun, tiada masalah untuk PAS membayar.Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar sendiri mengatakan RM 2 juta itu bukan besar mana pun. Harus diingat PAS bukanlah parti picisan. PAS bukan cikai. Jauh sekali marhein dan papa.


Kalau Mahfuz Omar tidak beritahu sekalipun, orang ramai tahu betapa PAS mempunyai kewangan kukuh. Lihat saja tabung sumbangan selama ini. Hampir setiap malam bergerak diserata ceruk Malaysia. Ada sesiapa yang mengaudit berapa banyak hasil sumbangan yang diterima? Tiada! Malahan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah (sebelum ini) sudah tentu memberi pulangan yang besar pada PAS. Jika ada seruan supaya memberi sumpangan pada parti, sudah tentu satu Malaysia penyokong PAS akan memberi derma menjadikan RM 2 juta seolah RM 2. Apatah lagi kedenganran bahawa terdapat VVIP dari UMNO sendiri yang sedia memberi sumbangan kepada Tuan Guru Haji Hadi atas dasar simpati.


Namun bagi penyokong dan ahli PAS, isu ini bukanlah berkaitan dengan jumlah saman tersebut. Tapi ianya berkaitan dengan MARUAH. Presiden PAS mewakili parti PAS itu sendiri. Kalau Presiden PAS disaman oleh Presiden Parti lain, sudah tentu tidak pelik. Namun bila disaman oleh sesama rakan TAHALUF SIYASI,sudah tentu innya menjadi bahan gelak masyarakat. Sudahlah kena saman FITNAH, isunya pula berkenaan PIL KUDA. Isu yang sepatutnya menjadi siasatan polis. Bukan menjadi modal di pentas politik. Namun kesalahan bukan terletak di bahu Haji Hadi semata mata. Tindakan ahli ahli PAS yang enggan melaporkan kepada pihak polis berkenaan isu pil kuda ini walaupun Haji Hadi mengatakan PAS mempunyai bukti lengkap, jelas menunjukkan betapa cetek akal fikiran mereka. 

Harus di ingat, PAS dan PKR berada di bawah TAHALUF SIYASI Pakatan Rakyat. Pucuk pimpinan boleh berlakon di hadapan penyokong betapa mereka menyanjung idea Tahaluf Siyasi tersebut, tetapi tidak dapat dinafikan betapa bergolaknya krisis dalaman di antara mereka. Kedudukan PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat seolah air dan minyak. Mustahil untuk bersatu. 


Selama ini PKR memang sudah menjadi barah dan bisul kepada PAS. Asal usul penubuhan parti PKR yang merupakan penyokong Umno selama ini, jelas bertentangan dengan penyokong PAS yang konsisten menentang Umno sejak berpuluh tahun lamanya. Pada PRU 13, jelas betapa rapuhnya persefahaman dan tolak ansur sesama parti di bawah pakatan rakyat. Isu pembahagian kerusi di antara PAS dan PKR menjadi hangat. Bertolak ansur dari itulah, isu ini melarat sampailah Haji Hadi disaman RM 2 juta oleh calon Adun PKR terbabit.

Lihat sahaja apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada LGBT dan pemurtadan umat Islam, PAS menjadi sasaran kemarahan rakyat sehingga negeri Kedah yang dirampas mereka pada tahun 2008, jatuh kembali kepada Umno. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen PAS yang bertukar tangan kepada UMNO.

Seperti yang dikatakan di atas, PAS mungkin tiada masalah untuk membayar RM 2 juta tersebut. Namun maruah partinya sudah tercalar teruk kali ini. Rata rata penyokong mereka mengatakan bahawa tidak berpuas hati berkenaan isu ini. Ini akan menjadi cabaran kepada Pakatan Rakyat kerana PRK Kajang makin menghampiri. Harus dingat bahawa populasi Melayu di Kajang besar. Walaupun bangsa Cina berjumlah 40%, namun majoriti Melayu di Kajang menyokong PAS. 




Sehingga kini, masih tiada komen berkenaan isu ini daripada pucuk pimpinan DAP. Mungkin penyokong PAS hanya dapat bermimpi untuk melihat pucuk pimpinan parti mereka bertindak tegas dalam hal ini. Selama ini terdapat banyak bukti dan peristiwa apabila melibatkan perselisihan faham diantara parti di bawah pakatan rakyat, PAS lah yang akan dipinggirkan. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat dilihat begitu hina dan tiada kuasa untuk bersuara. Melainkan menjadi budak belasan sahaja.


Monday 24 February 2014

Peruntukan RM400,000 Beli Pam Mudah Alih Bantu Pesawah Di Kelantan #bantuankerajaan



KOTA BAHARU, 17 Feb - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi peruntukan segera RM400,000 bagi membeli lebih 300 pam mudah alih untuk membantu petani di Kelantan mengepam air ke sawah yang kekeringan akibat musim kemarau sekarang.


Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pam yang diagihkan kepada unit peladang Pertubuhan Peladang Kawasan itu akan digunakan untuk mengepam air dari tali air ke parit jejari sebelum memasuki sawah.

Beliau berkata 8,000 petani di negeri itu yang mengusahakan tanaman padi berdepan dengan anggaran kerugian RM90 juta akibat kemarau jika tindakan segera tidak dilakukan untuk membekalkan air ke sawah.

Dijangkakan dalam tempoh satu hingga dua minggu jika air tidak dibekalkan ke sawah, tanaman padi ini akan musnah, katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan petani dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini Isnin.

"Dengan bantuan jangka pendek ini iaitu menggunakan pam mudah alih, kita berharap dapat menyelamatkan tanaman padi mereka," katanya.

Menteri itu berkata Kada setakat ini tidak menghadapi masalah untuk mengepam air dari Sungai Kelantan ke tali air, namun wujud kebimbangan aktiviti menyedut pasir di beberapa kawasan di sungai berkenaan akan menurunkan paras air.

Beliau berkata sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan sawah memperoleh bekalan air mencukupi, kerajaan sedang membina empangan rendah merentangi Sungai Kelantan di Kampung Kasar, Pasir Mas dengan kos RM38 juta yang dijangka siap pada September 2015.

Sementara itu, Ismail Sabri meminta kerajaan Kelantan turut sama membantu petani yang menghadapi masalah termasuk menghapuskan cukai air sebanyak RM10 bagi setiap 0.4 hektar sawah setahun, yang dikenakan kepada petani di daerah Pasir Mas dan Tumpat.

"Kita tahu kekangan kerajaan negeri, kita tidak jangka mereka keluarkan berpuluh-puluh juta ringgit untuk membina empangan. Tetapi kita minta kerjasama mereka untuk menghapuskan cukai air itu," katanya.


sumber - BERNAMA

BUKAN HANYA MELAYU.CINA PUN MUDAH LUPA






Jika sebelum ini, ucapan Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Melayu mudah lupa. Ucapan keramat itu dilafazkan ketika perhimpunan Agung Umno 2001 mendapat reaksi yang sangat hebat. Sajak yang menceritakan betapa bangsa Melayu begitu mudah lupa atas apa yang terjadi. Sajak yang merupakan luahan hati Tun Mahathir ketika itu seolah mengingatkan semula kepada bangsa Melayu akan nasib bangsanya.

Namun ternyata bangsa yang mudah lupa bukan hanya Melayu. Bangsa Cina ketika ini juga telah menjadi bangsa yang pelupa. Lupa pada apa yang pernah Anwar Ibrahim pernah buat kepada Bangsa Cina. Lupa tentangan Anwar Ibrahim kepada Bangsa CIna ketika di dalam Umno dahulu.

Kita imbas semula ketika Anwar Ibrahim menjadi pelajar di Universiti Malaya. Ketika negara kecoh menghadapi konfrantasi antara kaum akibat tragedi 13 Mei, Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah hitam tersebut. Umum tidak mengetahui peranan Anwar Ibrahim di dalam tragedi 13 Mei.Namun menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu. 



Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris. Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion. 

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran. 

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei. 

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana. 

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013). 



Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993. Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994. 

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang ‘musuh-musuhnya’ dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid. Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam.


Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal hudud. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud. 

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya. 


Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu. 

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks. 


Friday 21 February 2014

KARPAL SINGH DIDAPATI BERSALAH.







Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Peguam Gobind Singh Deo memohon mahkamah agar menangguhkan hukuman bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan agar hukuman yang ringan dikenakan.

"Kami memerlukan laporan perubatan untuk menyokong kes kami," katanya.

Karpal, 73, terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran kemalangan jalan raya pada January 2005.

Azman kemudiannya menetapkan hukuman akan dijatuhkan pada 7 Mac.

Karpal yang kelihatan sabar memberitahu wartawan kemudiannya, beliau menerima hukuman itu dan akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam masa 14 hari.

Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat akan hilang kelayakan bagi jawatan itu jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi tempoh setahun.

Turut hadir di dalam bilik mahkamah yang penuh sesak itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Karpal menyertai senarai pemimpin DAP yang disabitkan di bawah undang-undang zalim yang sifatkan oleh pengkritik direka untuk menyekat perbezaan pendapat.

Mendiang Dr Ooi Kee Saik, bekas ketua DAP Pulau Pinang, adalah individu pertama yang mengalaminya pada 1970, diikuti mendiang Fan Yew Teng, ahli Parlimen Kampar yang juga pemangku setiausaha agung DAP, pada 1975.

Lim Guan Eng didapati bersalah atas kesalahan yang sama pada 1998 dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan. Beliau kembali ke arena politik negara pada 2004.

Karpal dikatakan melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa berkata bahawa penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang .

Karpal memberi hujah pembelaan bahawa apa yang dikatakan adalah pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada Sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara sebelum itu.

Pasukan pembelaannya juga menyatakan pertuduhan dirangka dengan niat jahat kerana ada orang lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan lebih teruk tetapi tiada tindakan diambil.

Thursday 20 February 2014

KANTOI!!!! Pendedahan Sulit Teresa Kok Kantoi Menipu!!!!

Nampaknya isu Teresa Kok masih hangat diperkatakan. Sebelum ini heboh apabila beliau menyiarkan satu video yang berjudul "Onederful Mlaysia" yang menyakitkan hati ramai pihak.Kandungan video itu yang boleh dikategorikan sebagai biadap dan tiada sensitiviti dikecam hebat. Walaupun pihak pembangkang membela tindakan beliau (seperti assobiyyah) namun kecaman yang beliau terima bertali arus. Malahan ada pihak NGO Islam yang menawarkan RM 500 untuk menampar Teresa Kok ini. Sangat menarik. 

Namun yang mengejutkan, terdapat blogger pembangkang turut mempertikaikan kenyataan Teresa Kok. Agaknya blogger tersebut pun dah menyampah dengan tindakan Teresa Kok. "Permainan" beliau dalam menuduh UMNO jelas kelihatan jelik. Malahan perancangan beliau pun meragukan banyak pihak.Jika sebelum ini, beliau mengatakan beliau menerima ancaman apabila dikirimkan kepada beliau Molotov Cocktail.



Nampak kejanggalan pada gambar tersebut?Pernahkah pembaca melihat molotov Cocktail dibuat daripada botol air Mineral plastik? Langsung tak masuk akal. Botol mineral disumbat pula dengan tisu? Memang lawak gambar diatas.



Ini adalah contoh Molotov Cocktail yang sebenar. Dibuat menggunakan botol kaca. Bukan dengan botol Mineral RM 1.20 sebotol. Mohon kaji dahulu sebelum membuat wayang opera.

Wayang yang terbaru dibuat oleh Teresa Kok apabila dikatakan beliau menerima ancaman sekali lagi. Kali ini pejabat beliau disimbah cat merah dan dibuang bangkai ayam. Gambar-gambar di tempat kejadian tersebar di internet sama ada blog pro pembangkang atau kerajaan. Namun kali ini, nampaknya blogger pro pembangkang pun dah muak dengan helah Teresa Kok. Di bawah adalah "print Screen" dari blog tersebut.


Artikel dari blog terbabit:


Bukan aku nak menyokong UMNO/BN dalam hal ini, tapi nampak macam ada benda yang tak kena dengan insiden bangkai ayam dan cat merah di pejabat Teressa Kok semalam yang menimbulkan beberapa persoalan..

Mula-mula kita baca dulu apa yang Malaysiakini laporkan tentang insiden ini..



Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Bangkai ayam dan gambar Teresa turut ditemui pada kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, oleh pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut, Sim Foo Lan.

Sim kemudian memaklumkannya kepada Teresa dan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bercakap kepada media di tempat kejadian, Teresa berkata beliau percaya kejadian itu berkaitan dengan kontroversi video satira politik 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Beliau mendedahkan satu kalungan bunga pengebumian juga ditemui di depan pejabatnya awal bulan ini, pada hari keenam sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya menyeru semua pihak, termasuk media sosial dan penulis blog untuk berhenti memainkan (isu ini). Mereka sudahpun memainkan isu ini selama dua minggu...

"Mereka harus tahu dari sarikatanya. Tidak ada apa-apa dalam kandungan video itu yang menghina orang Melayu atau pemimpin negara," kata Kok.

Naib pengerusi DAP itu bimbang keselamatan dirinya terancam oleh siri kejadian terhadapnya, termasuk demonstrasi di jalanan Kuala Lumpur, di mana sekumpulan NGO Islam menawarkan ganjaran wang untuk menamparnya.

Bagaimanapun, Teresa berkata, orang ramai juga "sangat marah" dengan semua kejadian yang berlaku itu.

Ditanya sama ada dia takut, Teresa berkata: "Ya dan tidak. Saya masih perlu meneruskan kerja saya dan menghadiri majlis untuk bertemu rakyat.

"Saya tidak mempunyai pengawal peribadi. Tetapi apabila saya menghadiri majlis, akan ada lebih ramai orang bersama saya."

Sambil mengutuk kejadian hari ini, Teresa berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana tangga tersebut dikongsi oleh pemilik lapan unit lain di situ.

Sim, yang turut menghadiri sidang akhbar itu, berkata beliau mengesyaki kejadian itu berlaku antara pukul 11 ​​malam semalam dan 6 pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh beberapa pekerja restoran di sebelah bahawa semua itu tidak ada apabila mereka balik pada jam 11 malam semalam.

"Tetapi mereka mendapati cat disimbah di tangga itu semasa mereka membuka restoran itu kira-kira jam 6 hari ini," kata Sim...

Persoalan yang timbul dalam hal ini bila gambar-gambar insiden tersebar dalam alam maya ini..




1. Bagaimana bangkai ayam itu boleh diletakkan ditangga sedangkan bangkai ayam tersebut kelihatan lebih besar dari jeriji besi itu?.. tengok gambar ayam itu yang dipegang anggota Polis di bawah..



2. Bagaimanapula Pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut boleh mengetahui kertas yang dilipat itu adalah gambar Teressa (gambar bawah) sedangkan ianya berada di dalam dan jeriji besi tersebut dikatakan hanya dibuka setelah pihak Polis tiba?


3. Paling menarik ialah... kenapa cat merah yang didakwa dilontar dari luar itu, langsung tidak terpercik ke jeriji besi yang berkunci itu?.. tengok gambar di bawah..



4. Tengok juga gambar dibawah ini.. ketepatan cat dilontar juga amat mengkagumkan, selain tidak langsung menyentuh jeriji besi, dinding luar pejabat juga tak terkesan


... Kerja siapa agaknya?.. kerja orang luar atau orang dalam? Takkanlah semuanya nak disalah kan UMNO/BN kot?..

Lainlah kalau sipelaku itu menggunapakai satu teknologi persenjataan yang baru yang sedang dibangunkan oleh Zorg Industries dari US tu..

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah peluru yang akan meletup setelah ianya ditembak selepas ianya melepasi dinding sesebuah bangunan...

Siapa yang minat nak tahu pasal teknologi tu sila baca di SINI

Apapun.. encik-encik Polis siasatlah sebaik mungkin dan selamat menjalankan tugas...


darisungaiderhaka.blogspot.com

Sekarang terbuktilah bahawa memang masyarakat sudah bosan dan jelik dengan wayang yang dilakukan oleh Teresa Kok ini. Rakyat Malaysia bukanlah orang bodoh. Walaupun ahli politik pakatan akan mempertahankan Teresa Kok ini bersesuaian dengan prinsip assobiyah nya, namun rata rata rakyat sudah boleh faham dengan "aturan" dan permainan mereka. Kecualilah dengan sesetengah penyokong tegar (atau lebih tepat, MACAI) pembangkang seperti gambar di bawah. Gambar tersebut diambil ruangan komen pada blog pembangkang terbabit.


Bukti jelas bahawa kebanyakan penyokong pembangkang adalah assobiyah,tidak dapat menerima keburukan pemimpin pujaan mereka dan mengecam sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka. 

Kebanyakkan penyokong pembangkang berbangsa Melayu Islam di Malaysia mudah terpesona dengan persona yang ditampilkan oleh pemimpin agungan mereka. Mereka sudah lupa bahawa Teresa Kok pernah mengharamkan tulisan Jawi di papan tanda. Mereka juga lupa beliau pernah membuat petisyen untuk memperlahankan azan dan membuat projek ladang babi mega di kawasan orang Melayu sejurus Pakatan Rakyat menang di Selangor. Syabas Melayu Islam yang menyokong Teresa Kok!

Tuesday 18 February 2014

PORTAL 'THE MALAYSIAN INSIDER' TIDAK BOLEH DIPERCAYAI


Portal Malaysian Kini menyiarkan berita panjang lebar mengenai ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke sebuah gereja di Kajang, semalam. Tajuk beritanya cukup terus terang, “Anwar impresses congregation during visit to Holy Family church in Kajang” (Anwar mengkagumkan jemaah semasa lawatan ke gereja Holy Family di Kajang).

Laporan itu berjaya mempotretkan Anwar sebagai pemimpin Melayu yang begitu sederhana, fleksibel dan ambil berat tentang kebingungan orang Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam – isu sensitif yang masih mewarnai landskap politik Malaysia sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Berita itu pula hanya disiarkan dalam versi bahasa Inggeris manakala ruangan versi bahasa Melayu sekadar dikupas secara umum dengan tajuk “Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar.”

Bagaimana editor The Malaysian Insider berhati-hati memilih tajuk dan menentukan berita apa yang patut disiar kepada pembaca versi bahasa Melayu, begitu jugalah waspadanya Anwar menyusun bait-bait ucapannya di hadapan 1,200 penganut Kristian yang hadir pada majlis tersebut.

Anwar sedar, sebahagian audiens pada majlis itu bukan sahaja akan turun sebagai pengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang ditandinginginya pada 23 Mac nanti, lebih penting, beliau mesti menjadikan majlis tersebut untuk mencerna kesangsian audiens terhadap musuh politiknya – UMNO/Barisan Nasional.

Dari satu segi, Penasihat PKR itu melakukan satu perkara yang pemimpin Barisan Nasional (BN) jarang lakukan sejak sekian lama – bertemu rakyat Malaysia di luar komuniti sendiri. Anwar mahu mempotretkan imej dirinya sebagai pemimpin untuk semua lapisan masyarakat, bukannya hanya kaum dan agamanya sendiri.

Cara bersahaja dan sesekali meninggikan suara bagi membakar perasaan audiens, motif kehadiran Anwar di gereja sebenarnya sudah boleh diteka. Di sebalik kemarahan umum ekoran tindakan partinya mengosongkan kerusi DUN Kajang untuk memberi laluan kepadanya bertanding, beliau berusaha membina kepercayaan bahawa pilihan raya itu terpaksa atau mesti diadakan kerana BN memainkan isu agama dan perkauman.

Seperti pernah ditegaskan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, DUN Kajang mesti dilakukan bagi mengekang usaha UMNO untuk “mendaruratkan” Selangor dan merampas negeri itu daripada PR – alasan yang disambut sinis ramai pihak termasuk sekutu PKR sendiri.

“Apabila saya bertanya seorang ulama antarabangsa mengenainya (isu kalimah Allah).

“Saya memberitahunya ia (isu kalimah Allah) adalah persoalan oleh UMNO, jadi dia menjelaskan bahawa umat Islam sembahyang lima kali sehari:” Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan langit dan bumi.

“Jadi, jika Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam semesta, bagaimana boleh ada batasan?” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider pada majlis itu.

Lebih mengejutkan, Anwar menyakinkan audiens di gereja bahawa isu kalimah Allah bukan soal keimanan atau kepercayaan – kenyataan yang tidak pernah diucapkan beliau apabila berucap di hadapan orang Melayu sebelum ini.

Namun, Anwar susuli kenyataan keras itu dengan kata-kata selamat: “Kalau ia mengenai keimanan, maka pendirian mereka (UMNO) mesti menyeluruh. Tetapi dalam kes ini mereka mengatakan Sabah dan Sarawak boleh menggunakan perkataan itu (Allah) tetapi tidak di Semenanjung,” kata Anwar dan disambut sorakan kuat audiens.

Mungkin sorakan itulah yang dimaksudkan The Malaysian Insider apabila meletakkan tajuk “Anwar impresses congregation during visit to Holy Family church in Kajang.”

Persoalannya, kalau Anwar mempersoalkan pendirian bulat pemerintah dalam isu kalimah Allah, apa pula pendirian Pakatan Rakyat? Bukankah itu isu pokok yang sepatutnya dijelaskan oleh beliau dalam majlis tersebut? Jika itu penjelasan itu yang dimahukan oleh 1,200 penganut Kristian pada majlis itu, mereka tentunya kecewa.

Ironinya, Anwar hadir ke gereja itu tanpa kelibat pemimpin Pas – parti sekutu PR yang akhir-akhir ini menampakkan sisi berbeza dalam isu kalimah Allah walaupun pada kempen PRU-13 mengambil pendirian bersama untuk menyokong saranan DAP supaya kalimah itu dibenarkan digunakan oleh bukan Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini dilaporkan membuat ‘pusingan U’ apabila menyatakan bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam sekaligus memberi tamparan hebat kepada Anwar dan kepimpinan DAP. Rata-rata pemimpin Pas yang lain lebih gemar menutup mulut.

Namun, perkara itu tidak disebut Anwar dalam majlis tersebut. Anwar juga tidak menyebut pendirian Dewan Ulama Pas yang sejak awal lagi tidak setuju dengan pendirian beliau dan DAP dalam isu kalimah Allah.

Jika Anwar yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh tidak mampu menyakinkan Pas sebagai parti sekutunya, bagaimana beliau mahu menyakinkan publik termasuk penganut Kristian dalam isu tersebut? Adakah sudah memadai untuk sekadar berkata: “Kita ada pendirian yang jitu. Kami (PR) sentisa bersama anda untuk menentang politik perkauman?.”

Paling tidak pun, Anwar sewajarnya mengambil peluang pada majlis itu untuk menyampaikan keluh kesah umat Islam terhadap gerakan-gerakan Kritianisasi yang dikesan berlaku sejak kebelakangan ini, isu yang sebenarnya turut melatari polemik isu kalimah Allah.

Bukankah akan menjadi lebih hebat jika Anwar selaku bekas pemimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) memainkan peranan dakwah untuk menjelaskan kepada penganut Kristian betapa umat Islam sebagai golongan majoriti negara ini mahu hak dan kepentingan mereka terjaga dan pada masa sama tidak meminggirkan hak bukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, ia tidak berlaku kerana itu mungkin bukan niat Anwar untuk datang dan berucap ke gereja. Beliau datang ke majlis itu sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang memungkinkan beliau diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Tidak kelihatan ia lebih dari itu.

Monday 17 February 2014

PAS GAGAL MENGEMBANGKAN ISLAM DI SELANGOR! ANWAR IBRAHIM MUNJUL MENJADI JAGUH ISLAM


Setelah dikecam dikiri kanan, atas bawah oleh para blogger Pro Kerajaan atas tindakan beliau menyampaikan ceramah di gereja di Kajang, kenyataan baru Anwar untuk berselindung akan isu itu tersangatlah melucukan. Malah tidak salah kalau dikatakan keanak,anakan dan tidak profesional.

Anwar Ibrahim yang dikatakan calon dari Parti Keadilan Rakyat untuk PRK N25 Dun Kajang telah mengumumkan bahawa mengimarahkan masjid adalah agenda beliau sekiranya memenangi pilihanraya tersebut pada 23 MAC depan. Anwar dikatakan mengumumkan perkara tersebut di dalam program "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti,Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang,lapor Malaysiakini.com.



“Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam,”
katanya.

Selangor di bawah pakatan rakyat sejak daripada 2008. Hampir lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tidak cukup Islamkah di selangor? Bukankah PAS sebahagian daripada kerajaan di Selangor? Kenapa serahkan urusan dakwah dan Islam kepada Anwar Ibrahim? Sudah gagalkah PAS di sana?



Tengok saja kenyataan Khalid Samad daripada PAS.Bukankah itu bukti bahawa hanya PAS sahaja yang paling arif tentang selok belok Islam? Selama ini pun, PAS mendabik dada bahwa merekalah jaguh di dalam urusan ISLAM sampai layak bagi mereka menjatuhkan KAFIR dan menentukan SYURGA dan NERAKA orang Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim kali ini seolah olah merendahkan martabat PAS didalam Pakatan Rakyat.

Lagipun, layakkah Anwar menjadi jaguh dalam hal ini? Lihat sajalah track record beliau selama ini. Berbagai kes sosial melibatkan beliau. Video seks, kes liwat di mahkamah, kenyataan bohong tentang 16 September, penipuan Bangladesh dan Blackout. Belbagai bagai lagi isu dikaitkan dengan beliau. Jadi layakkah beliau menjadi jaguh dalam Islam? Lihat sahaja ceramah ceramah beliau. Caci maki menjadi kewajiban beliau.

Sejak pengumuman pilihan raya kecil DUN Kajang ini, Anwar Ibrahim sentiasa memberi jawapan yang berbeza mengapa beliau mahu bertanding. Daripada untuk membantu Khalid Ibrahim, kepada menggantikan Khalid Ibrahim sehinggalah kepada kononnya langkah awal menawan Putrajaya. Dan didalam gereja pula Anwar Ibrahim menggunakan alasan agama untuk membenarkan tindakan beliau.

Jadi bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak sama sekali berpura pura menjadi jaguh dalam memperjuangkan Islam. Dan terbuktilah selama ini bahawa PAS juga telah berbohong tentang kejayaan mereka mengembangkan Islam di Selangor padahal Anwar sendiri menyatakan dialah yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Kajang.Bukan PAS!




SANDIWARA DR SYED AZMAN DIRANCANG? KONSPIRASI LUAR TABIE


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Akibat gurauan itu, ramai rakan penulis menghentam beliau di dalam blog masing-masing kerana mengetahui bahawa berita itu adalah palsu. Tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya di dalam Facebook dan Twitter.

Soalnya, kenapa seorang pemimpin dan wakil rakyat sengaja membuat berita palsu itu hingga menimbulkan kerisauan banyak pihak?Adakah beliau sengaja ingin menipu rakyat?Itu semua tidak benar. Ini adalah helah semata-mata.

Sebenarnya, berita palsu itu sengaja dirancang untuk memberi laluan publisiti kepada Dr Syed Azman sendiri.

Ini kerana Dr Syed Azman akan mengetuai satu pembongkaran tentang salah laku dan penyelewengan terbesar yang kononnya dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional (BN) di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, jumaat ini.
Jika diperhatikan, 'Media Strategy Plan' yang digunakan oleh Dr Syed Azman mirip strategi yang dilakukan oleh Rafizi Ramli tidak lama dahulu ketika meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Ekoran peletakan jawatan Rafizi, timbul pelbagai spekulasi kononnya berlaku masalah dalaman dan perpecahan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada juga yang membuat andaian bahawa Rafizi akan menyertai BN.

Akhirnya, semua rakyat Malaysia tertipu.

Sedangkan, Rafizi sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan liputan peribadi dan publisiti media kerana beliau diarahkan untuk membuat pendedahan tentang penyelewengan yang kononnya berlaku di National Feedlot Corporation (NFC). 

Akibat pendedahan itu, Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi mangsa dan terpaksa akur dengan melepaskan jawatan menteri ekoran tekanan banyak pihak.

Soalnya, jika benar Dr Syed Azman bakal membuat pendedahan penyelewengan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu, adakah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bakal menerima nasib seperti Shahrizat?
Hati-hatilah dengan 'Konspirasi luar tabi'e' oleh mereka ini. 

sumber:shahalamrebels

Zaid bukan ancaman BN - Tun Abdullah

JELI 17 Feb. - Kesediaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN). 

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, hasrat Zaid untuk bertanding tidak wajar dihalang, sebaliknya perlu dialu-alukan kerana perkara itu membuktikan amalan demokrasi terus subur di negara ini. 

"Kalau dia nak bertanding biarlah, malah kalau ada sesiapa lagi nak bertanding, silakan. Tidak ada masalah kerana ini negara demokrasi. 

"Apa yang penting, saya harap semua selamat dan proses pilihan raya akan berjalan lancar, tiada sebarang kekacauan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Penghijauan Bumi anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, dekat sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Peluang 50-50 di #PRKKajang

PUTRAJAYA 16 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang 50-50 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang itu tetap ada tidak kira siapa calon yang menjadi pilihan BN untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarpun peluang untuk menang 50-50, perkara itu bukan satu masalah tetapi PRK kali ini BN perlu bertanding," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya Ke-12 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai peluang dan keperluan BN untuk bertanding di PRK Kajang selepas Anwar mengumumkan beliau akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi tersebut.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar yang merupakan Penasihat parti tersebut bertanding di kawasan berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian.

Ditanya mengenai calon yang akan dipilih BN untuk PRK nanti, Dr. Mahathir berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada BN untuk membuat keputusan.

''Siapa calonnya saya tidak tahu, itu terpulang kepada mereka (BN)," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd