Monday 23 June 2014

Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan The Herald


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu.

Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan versi bahasa Malaysia.

Pada 5 Mac lalu, panel tujuh hakim diketuai Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan permohonan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Majalah mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Malaysia, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964, seseorang pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dulu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk membawa rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan.

Apabila Mahkamah Persekutuan berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan pemohon memenuhi keperluan perundangan, Mahkamah Persekutuan kemudian akan memberi

Thursday 19 June 2014

Masihkan PAS relevan mengekalkan perkataan ISLAM di dalam nama parti sedangkan pemimpin mereka bermatian membela KRISTIAN? Sepatutnya tukar dari PAS kepada PKS, Parti Kristian Semalaysia (PKS)!!!!


7 Jun - BISNES ONLINE : DATUK SERI AHMAD SHABERY


Keupayaan penggunaan internet semakin meningkat dan membantu pemasaran produk. Menerusi fasa kedua program jalur lebar berkelajuan tinggi, sebanyak seribu menara komunikasi ditambah.

Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan


PULAU PINANG 19 Jun - Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan atas arahan yang dikeluarkan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rayer, Gobind Singh Deo yang berkata, notis penangguhan itu hanya ditetima pihaknya pagi ini selepas mereka hadir ke Mahkamah Sesyen di sini.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berkaitan perkara itu dan akan memohon agar dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan 15 Anggota UMNO dituduh atas kesalahan menceroboh dan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau kedua-duanya di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 448.

15 ahli umno yang dituduh dilepaskan dgn jaminan RM2000 , akan dibicarakan pada bulai Julai 2014.

TARIKH:19062014
MASA : 11.21AM
TEMPAT: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Inilah punca penyeludupan dan rompakan diesel.. Tapi kita tak pernah menghargai kenikmatan ini.


Thursday 5 June 2014

Malaysia Akan Rayu Kuota Haji Tambahan - Najib


KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia akan cuba mendapatkan kuota tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah itu pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata pengurangan kuota haji sejak tahun lepas serta peningkatan jumlah pendeposit di Tabung Haji (TH) menyebabkan lebih ramai umat Islam di negara ini terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mengerjakan haji.

Katanya sehingga Mei lepas, sebanyak 1.5 juta umat Islam mendaftar untuk mengerjakan haji dengan sejumlah besar daripadanya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

"Ini gambaran tahap ekonomi umat Islam di negara ini semakin baik dengan semangat dan kesedaran untuk menunaikan haji yang tinggi. Namun senarai yang semakin panjang dan jumlah kuota yang terbatas menyebabkan ia mengambil masa kira-kira 50 tahun sebelum tiba giliran masing-masing.

"Saya menganggap ini suatu cabaran besar dan kita termasuk saya sendiri akan cuba merayu supaya kerajaan Saudi dapat pertimbangkan kuota tambahan bagi mereka yang ingin menunaikan haji," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard dan buku mewah TH di sini, Khamis.

Perdana Menteri berkata sejak 2009, kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun berkurangan sebanyak 20 peratus sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.

"Oleh yang demikian, sejak tahun lepas, kuota Haji baru bagi Malaysia adalah sebanyak 22,320," katanya.

Najib berkata Tabung Haji akan mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang pada tahun ini yang melibatkan jumlah keseluruhan tanggungan kos haji melebihi RM130 juta.

Katanya kos sebenar bagi setiap jemaah haji untuk menunaikan ibadah tersebut adalah kira-kira RM16,000.

"Kalau dikira dari segi subsidi, ini merupakan kadar subsidi tertinggi yang pernah kita berikan bagi tiap-tiap seorang individu di negara ini," katanya.

Kad Tabung Haji Debit-i Mastercard yang dilancarkan hari ini memberi kemudahan 24 jam kepada pendeposit Tabung Haji untuk melakukan transaksi pengeluaran dan pembelian di lebih 38 juta lokasi perniagaan di seluruh dunia.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan buku mewah yang mendokumentasikan peristiwa penting sepanjang 50 tahun penubuhan Tabung Haji.

Buku Tabung Haji itu diterbitkan dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail.

-- BERNAMA