Wednesday 29 January 2014

HARGA RUNTUH MULAI HARI INI


Najib membayar barangan yang dibeli selepas meninjau Kempen Penurunan Harga 2014 anjuran KPDNKK di Pasar Raya Econsave, Balakong, semalam. - Foto Khairull Azry

Perdana Menteri umum program bantu kurang beban kos sara hidup rakyat

Cheras: Mulai hari ini orang ramai boleh membeli 4,000 produk pada harga diskaun 15 hingga 70 peratus di 995 cawangan 10 pasar raya di seluruh negara.  

Tawaran selama enam bulan itu membabitkan Pasar Raya Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco, sempena Kempen Penurunan Harga 2014 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Kempen anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup.

sumber - BERITA HARIAN 
Oleh Petah Wazzan Iskandar

#AnwarMBSelangor : Koleksi Kenyataan Menyelar Tindakan PKR Mengosongkan Kerusi Untuk @AnwarIbrahim

Sejak semalam lagi, pelbagai pihak sudah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perletakan jawatan secara serta-merta Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Kajang, Lee Chin Cheh. Ditambah lagi apabila spekulasi semua pihak tepat pada sasarannya iaitu calon menggantikan kekosongan kerusi tersebut adalah Penasihat Umum parti itu sendiri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang sudah menjangkakan bahawa kemelut Khalid-Azmin ini akhirnya akan membawa kepada satu penyelesaian umum; kerusi Menteri Besar itu beri sahaja kepada Anwar Ibrahim, selesai masalah. Namun yang menjadi tunjang masalah adalah Anwar bukan seorang ADUN Negeri Selangor yang melayakkannya untuk duduk di kerusi tersebut.
Maka, dipilihnya N25 Kajang daripada 14 kerusi ADUN Selangor milik PKR untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim. Kemelut parti ini akhirnya perlu diselesaikan oleh rakyat jua.
Individu pertama yang dikesan meluahkan perasaan kesalnya adalah bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin. Beliau di dalam laman Facebooknya telah menyatakan “Pilihanraya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak. Kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan. Kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan kawan maka itu satu pembaziran..kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?!!” Kemudian beliau ditemuramah pula oleh wartawan Malaysian Insider di mana beliau menyatakan “PKR mempermainkan pilihanraya,” Rakan seperjuangan PKR juga turut melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
Nasrudin Tantawi di laman facebook ada menyatakan “Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini,” Setiausaha PAS Selangor pula mengingatkan PKR bahawa kerusi Menteri Besar bukanlah ‘milik mutlak’ PKR. “Jangan terlupa bahawa di Selangor, PAS mempunyai jumlah kerusi yang paling banyak. Kami juga akan hantar senarai nama calon Menteri Besar sekiranya kerusi itu dikosongkan,” tambahannya lagi.
Mohd Sany Hamzan, Pengerusi Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS pula berkata, “Kami menganggap peletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada PR dan  membelakangkan semangat ‘syura’ dalam kalangan rakan komponen PR  Selangor,” Di pihak DAP pula, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyatan bahawa beliau enggan campur tangan hal politik di Selangor. Tambahan beliau lagi, beliau tidak tahu apakah krisis politik yang berlaku di Selangor sehinggakan seorang ADUN PKR meletakkan jawatan.
NGO mesra pembangkang, Bersih 2.0 mengutuk tindakan tersebut dan mengatakan bahawa ini adalah perbuatan politik kotor. Marina Chin, selaku pengerusi Bersih 2.0 menyatakan “Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti. Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk,” Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata ini adalah satu iktibar kepada rakyat Selangor untuk lihat wajah sebenar politikus PKR. 

“Saya tidak tahu adakah itu gambaran sebenar (sehingga) mengakibatkan mungkin adanya pilihan raya kecil (Dewan Undangan Negeri) nanti, tapi bagi saya ini iktibar bagi orang Selangor untuk melihat bahawa sebenarnya perjuangan PKR ini lebih banyak berkisar soal peribadi daripada perjuangan untuk rakyat,” katanya dalam satu persidangan media selepas menyampaikan perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Nazri Aziz turut menambah, “Amat jelas, terdapat masalah dalaman yang serius dalam PKR dan kita semua tahu bahawa MB (Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak bercakap benar apabila beliau berkata GM PKNS (Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang telah meminta Azmin meletakkan jawatan (anggota lembaga pengarah PKNS),” Dato’ Seri Noh Omar selaku Pengerusi badan Perhubungan UMNO Selangor juga berkata, “Mereka menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan untuk mencapai kepentingan itu. 

Anwar berkemungkinan mahukan jawatan Menteri Besar Selangor kerana jawatan itu menawarkan gaji yang lebih dari seorang Perdana Menteri iaitu jawatan yang dihasratkan beliau sebelum ini,” Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar dan mempersendakan Anwar Ibrahim dengan menyatakan “What a joke. Might as well crown yourself Sultan of Melaka while you’re at it” Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menyelar malah mengutuk tindakan Anwar Ibrahim ini. 

Kepincangan yang berlaku di dalam parti terpaksa diselesaikan di medan pilihanraya. Akhirnya rakyat yang kerugian kerana masih tidak dapat bergerak kehadapan dengan kemajuan. Ingatlah kata-kata Allahyarham Dato’ Harun Taib yang baharu sahaja meninggalkan kita “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

#AnwarMBSelangor : PRK Kajang Strategi @AnwarIbrahim Hadapi Kes Liwat II

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.

Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.

Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama.

Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR.

Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.

“Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.

“Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau,” dakwanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan kelmarin selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang dikosongkan oleh Chin Cheh.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berpandangan, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) malah menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai ‘mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum’.

“Saya tidak hairan dengan ‘drama’ Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008,” dakwanya.

Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi ‘korban’ iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.

“Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau,” dakwanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.

“Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Thursday 23 January 2014

Azmin VS Khalid. PAS Dapat Apa?



Tanyalah pada siapa yang mengikuti dunia politik di Malaysia. Umum semua mengetahui betapa panas keadaan politik di dalam negeri Selangor. Dua kes paling berpengaruh iaitu Azmin Ali dan Khalib Ibrahim saling berantakan. Walaupun berbagai penafian dibuat, hal sebesar ini manakan boleh ditutup pada pengetahuan rakyat. Ibarat bangkai gajah ditutup dengan sehelai daun. Hanya penyokong yang begitu taksub sahaja percaya alasan dan penafian dibuat pemimpin mereka kononya tiada pergolakkan dalam pemerintahan Selangor.

Semua sudah tahu betapa Azmin berkehendakkan jawatan Menteri Besar Selangor yang diduduki Khalid Ibrahim sekarang. Betapa Azmin kecewa kerana tidak terpilih menjadi Menteri Besar walaupun beliau orang kanan dan kepercayaan AnuWar Ibrahim.

Masih ingatkah insiden yang sangat kecoh di persada Malaysia dahulu yang melibatkan kamera rahsia yang diletak di dalam bilik Khalid Ibrahim? Sampai sekarang masih tiada jawapan angkara siapakah perbuatan itu. Sudah hampir 4 tahun perkara tersebut terjadi tapi masih tidak tahu hujung pangkal.


Tidak lama kemudian, terjadi pula peristiwa “aiskrim dalam tandas” melibatkan Azmin Ali dan seorang wanita muda. Gempar seluruh Negara apabila berlaku peristiwa tersebut. Seperti selalu, penafian terus dibuat walaupun bukti bergambar dikeluarkan. Tidak kurang pula penyokong pembangkang yang terus menunding jari ke arah UMNO dengan mengatakan semuanya adalah kerja UMNO.

Namun sekiranya difikirkan secara teliti dan jujur, tidakkah pelik mengatakan semuanya kerja dan perancangan UMNO? Bagaimana untuk UMNO masuk atau akses ke bilik pejabat Khalid Ibrahim? Bukahkah logic sekiranya mengatakan sesiapa yang meletakkan kamera di bilik Khalid Ibrahim adalah orang yang dipercayai atau dikenali oleh beliau? Lebih tepat lagi, orang dari parti PKR sendiri. Begitu juga dengan kes Azmin Ali. Bagaimana boleh orang UMNO memasuki rumah tersebut. Lebih menghairankan lagi, bagaimana orang UMNO boleh mengetahui yang Azmin Ali akan datang ke rumah itu untuk mendapatkan khidmat “aiskrim” daripada perempuan tersebut.
Keadaan makin panas sehingga kebelakangan ini.  November lalu, ketika Negeri Selangor bersidang, Faekah Husin yang diketahui begitu setia dengan Khalid Ibrahim berbalas tweet dengan Arfa Aziz, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar. Tweet yang berbunyi “Alif Zai Min Ya Nun – Sarkas “ jelas menunjukkan betapa beliau anti kepada Azmin Ali. Disebabkan perkara itulah, Azmin Ali bertekad untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim dengan apa cara sekalipun.

Namun Khalid Ibrahim bukanlah kecil anak orangnya. Pengalaman didalam politik yang meluas digunakan untuk menjatuhkan Azmin Ali secukupnya. Dikhabarkan beliau juga merancang untuk bertanding sebagai orang nombor dua parti iaitu jawatan Timbalan Presiden PKR yang dijawati oleh Azmin Ali sekarang.

Keadaan Azmin Ali semakin terancam dengan Khalid Ibrahim. Terbaru, dengan kuasa dan pengaruh yang ada, beliau memulakan langkah menyingkirkan Azmin Ali dan pengikut-pengikutnya daripada PKNS. Isu ini mendapat liputan meluas dan mencalarkan imej parti PKR apabila Khalid membuat tindakan drastic terbabit.

Namun jangan dilupakan keupayaan Azmin Ali. Beliau telah lama menjadi orang kepercayaan dan kesayangan AnuWar Ibrahim. Disebabkan itu, dikatakan sebelum ini apabila mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang dipengerusi AnuWar sendiri, satu solusi telah diambil iaitu mendesak agar Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Sudah tentu keadaan ini membimbangkan Nurul Izzah dan Wan Azizah yakni orang belakang Khalid Ibrahim. Difahamkan alasan kesihatan akan digunakan untuk mendesak Khalid berundur.

Namun, tanpa disedari PAS seolah olah berdiam diri dalam perkara ini. Malang sekali bagi PAS apabila mereka sebagai parti dominan di dalam Selangor dengan memenangi 15 kerusi pada PRU lalu hanya mampu ternganga sahaja melihat perebutan jawatan nombor satu di Selangor. Sepatutnya PAS lah yang layak bersuara di dalam kemelut ini. Semakin terserlah kehadiran PAS di dalam Selangor hanya dipandang enteng sahaja. 

PAS tetap “balaci” di dalam Pakatan Rakyat.


Monday 20 January 2014

Boikot Barangan JEPUN?...tapi Sam Ketot guna kereta buatan JEPUN...apa ni???


Buat malu PKR saja depa nih! 


Agak-agakla kalau nak protes macam manapun.. ini tidak main hentam keromo saja.. datang dengan kereta buatan Jepun tapi keluar plakad 'Boikot Barangan Jepun'.

Lain kali kalau datang nak protes 'Boikot Barangan Jepun' tu datanglah dengan kereta kuda atau kereta lembu, baru orang tak pertikaikan.

Tak salah kalau nak tunjuk kesetiaan melampau kepada Anwar Ibrahim.. tapi janganlah sampai memalukan Anwar Ibrahim..

Kalau nak cari publisiti untuk pemilihan inipun janganlah sampai jadi bahan tawa rakyat 1Malaysia.. buat bagi rasional dan nampak proffesional sikit..


Ini tidak.. buat malu PKR saja depa ni...

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR: Around 30 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth members staged a protest outside the Japanese embassy here after their Datuk Seri Anwar Ibrahim was barred from entering the country and subsequently deported on Jan 19. 
The group, led by Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin also handed a memorandum of protest to the Japanese Ambassador Shigeru Nakamura, calling for an explanation on the incident, since the Opposition leader had no problems entering the country in 2009 and 2012. 

Though he said it was not an official stance by the party wing, some members were seen carrying and burning placards with messages calling for a boycott of Japanese products. 
The group dispersed peacefully at around 12.30pm. 
"We strongly believe that the Japan Government's actions were extraordinary, unwarranted and violates Article 13 of the Universal Declaration of Human Rights," said the Bukit Katil MP. 

Anwar arrived at the Narita International Airport in Tokyo at 6.45am Sunday and was to present a paper on Muslim Democrats. 
He said the Japanese Immigration officials had explained that he was denied entry because of a previous conviction in 1999, and was asked to board the first flight back. 
Shamsul Iskandar said he had questioned embassy officials on who was updating the Japanese authorities on Anwar’s cases, to which he said no answer was given. 

"I fully agree that his was politically motivated. We would like to known who is updating them on the case against Anwar, because he was allowed to enter the country before without issues. 

"We are worried why Japan is following this trend when it is a democratic country?" he said, referring to the barring of Australian independent Senator Nick Xenophon in Kuala Lunpur last year. 
PKR Youth also called on the Foreign Affair Ministry to issue a strong statement against the deportation of one of its citizens ~ The Star

Sunday 19 January 2014

KURANG AJAR !!! #HARRYORIX MENGHINA KAUM #MELAYU !!! DS @SHABERYC SILA AMBIL TINDAKAN


1 lagi posting telah dikesan. Posting di atas telah MENGHINA KAUM MELAYU di Malaysia tak kira UMNO,PAS atau PKR. Jangan bagi saya panas !!! Jangan sampai saya jumpa identiti di atas. Anda ingat anda sapa ??? kepada pihak berkuasa dan DS Shabery Cheek. Saya minta tolong siasat identiti diatas.

Tuesday 7 January 2014

.: 25 Ciri-ciri PEMIMPIN yang MELAYU mahukan semula !!! :.

  • DI BAWAH ADALAH PERI CONTOH PEMIMPIN YANG MELAYU MAHUKAN SEMULA !
    1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.
    2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.
    3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.
    4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.
    5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.
    6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.
    7. Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].
    8. Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]
    9. Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].
    10. Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.
    11. Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.
    12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].
    13. Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.
    14. Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.
    15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.
    16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].
    17. Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.
    18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994].
    19. Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’ II.
    20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.
    21. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.
    22. Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.
    23. Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.
    24. Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.
    25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.

Sunday 5 January 2014

.: Mahathir Sumbat Orang Masuk Penjara, Negara Kita Sejahtera :.

Seorang Perdana Menteri Australia  Paul Keating satu waktu dahulu mengelar kan Tun Mahathir “Recalcitrant” (keras kepala,degil). Sampai begitu sekai dipanggil nya Tun Mahathir kerana enggan menghadiri sidang APEC anjuran Australia.

Keengganan Tun Mahathir menghadiri summit itu atas sebab tertentu dan antara nya mungkin termasuk sebab ini juga :-

In his book, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, Wain maintains Dr Mahathir never forgot how he was treated all those years ago.
''They invited me to visit and then they cancelled,'' Dr Mahathir is quoted as saying.Was it a calculated snub? ''I don't know if it was deliberate, but, anyway, they cancelled it.'

Tapi bukan isu dengan Australia yang mahu kita bicara kan.

Kita mahu membicara kan sikap dan cara Tun Mahathir melayani isu dan situasi.

Dahulu ketika Tun Menjadi Perdana Menteri bukan tak ada Karpal Singh, bukan Tak ada Lim Kit Siang , malah mereka berada di dalam “prime time” mereka , sedang kemuncak kedudukan politik mereka.

Mereka lebih ganas dan lantang ketika zaman itu dari hari ini.


Namun mereka hanya boleh jadi Singa dalam sarkis sahaja kerana ada orang bernama Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.


Dan negara kita pun sejahtera.


Ketika zaman pentadbiran Mahathir hanya ada satu sahaja peristiwa yang mengugat itu pun dilaku kan oleh Tun Musa Hitam ketika Tun Mahathir berada di luar negara.








Peristiwa Memali di mana telah di spin oleh penulis upahan.Tapi kemudian nya diceritakan kembai oleh yang lebih arif dan rapat dengan Memali ia itu Cikgu Non -CN Afghani.Tembakan pertama dan kedua datang dari pihak lawan pemerintah dan bukan nya Polis. 

Ramai juga yang tidak tahu sebaik sahaja Tun Mahathir memegang tampuk pemerintahan perkara pertama dilakukan ada lah membebas kan beberapa tahanan dibawah akta ISA antara nya tokoh terkenal Abdul Samad ismail.

1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.

Jadi kita boleh saksikan bagaimana Mahathir memilih jalan kesejahteraan dari jalan populist.Biar sedikit yang hilang sejahtera asal kan ramai dapat menafaat dari kesejahteraan.Korban kan yang sedikit demi yang ramai.Tapi keadaan negara sudah berubah semenjak negara di perintah oleh orang ketiga melalui Perdana Menteri selepas Tun Mahathir dan seterusnya.

Maksud orang ketiga ada lah mereka yang ada laluan kepada pemerintah lalu menghasut nya dengan pelbagai polisi yang menjahanam kan negara.Kini negara diambang huru hara.Ia bertambah petaka sebaik sahaja bekas banduan bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Bekas banduan yang bebas sebelum cukup tempoh oleh pemerintah yang di salah nasihatkan.Jika huru hara makin ketara itu satu hal tetapi yang berkuasa pula satu hal.

Kenapa ini terjadi?

Banyak faktor boleh dirumus kan, terlalu berlembut dan mahu kasih sayang dari bangsa asing juga boleh dijadi kan faktornya.Amaran demi amaran tanpa tindakan.Lalu naik lah segala lemak.Di negara jiran yang ada ramai orang cina pemerintah nya juga bangsa cina amat tahu menangangi kaum nya sendiri. 

Melayu di ketahui nya sebagai kaum taat dan tidak akan berlaku onar. ISA dikekal kan dan tiada kompromi lansung terhadap mereka yang berpotensi membuat kekacauan. Pada satu hari pada tahun 1980 negara hampir cetus pergaduhan seperti 13 mei lagi sekali.

Kesemua kedai di Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman sudah di tutup.Perhimpunan orang Melayu di TPCA dengan masing masing seolah olah mahu mula kan serangan di hentikan oleh Allah petang itu dengan hujan lebat yang amat luarbiasa. 

Jika tidak tentu Kuala Lumpur terbakar dan peristiwa 13 Mei terjadi lagi.Kemudian nya hal ini di turuti oleh  kisah seorang laskar yang melalui ganguan emosi telah menembak secara rambang lalu terus huru hara sebentar Kuala Lumpur.
Kisah Prebet Adam tentu masih terpahat dalam ingatan ramai orang

Walaupun ia kisah peribadi tapi kesan ketengangan kaum membuat kan kejadian itu menjadi kisah yang besar.Adam tidak berani di dekati oleh sesiapa termasuk anggota Polis, kerana berada di sebuah tempat strategik sambil memegang rifel M16 dalam keadaan ganguan emosi, hanya apabila seorang pegawai tentera datang ke Wisma Sabaruddin itu untuk menemui nya dengan berani sambil memujuk dengan kata kata “ Adam , ni bukan tempat kita, mari kita balek ke kem”.

Ini semua  hanya kerana keadaan tegang peristiwa peribadi pun boleh membuat keadaan panik seluruh kota.Selepas peristiwa hampir menjadi kemuncak lantas Tun Mahathir mengada kan “Operasi lalang” ramai di sumbat kedalam penjara.


In the event, even though the boycott was cancelled, the stage was set for a mirror response from the Malays, led by UMNO Youth. A mass rally of 10,000 was held at the TPCA Stadium in Kuala Lumpur and, by then, UMNO politicians had begun to condemn MCA leaders (both UMNO and MCA are component parties of the ruling Barisan Nasional coalition) for their collusion with the Dong Jiao Zong and the opposition DAP. Amidst calls from both sides for the resignations of MCA Deputy President and Labour Minister Lee Kim Sai and UMNO Education Minister Anwar Ibrahim, UMNO announced the holding of a mammoth rally in KL to celebrate its 41st Anniversary, which it was claimed would see the attendance of half a million members.




Selepas Tun Mahathir menyumbat ramai mereka yang menjadi pencetus ketegangan kedalam penjara maka keadaan mula sejahtera kembali.

Tiada lagi singa singa bebas mengaum di luar kandang melain kan seperti singa dalam pertunjukan sarkis sahaja.

Itu lah jasa Tun Mahathir kepada kedamaian negara.


Biar lah sikit orang tersumbat dalam penjara asal ramai bebas dan damai di luar penjara.Itu lah cara Mahathir.Kini sudah mula kembali suara suara dan individu tertentu mula mengacah ketenteraman negara.Mereka mereka yang secara sulit ada perlindungan kuasa luar dan sudah sedia lari kenegara jiran jika keadaan tidak selamat.

Dan pemerintah kita seolah olah sudah “jem” otak nya masih mahu bermain dengan kata kata dan cari penyelesian lidah walau pun tahu kaum dan pihak ini bukan jenis ada adab dan toleransi.Tunggu apa lagi bertindak lah dengan segera,ini lah akibat nya terlalu berkira dengan kedudukan politik, mahu jadi popular.

Termasuk lah golongan agamawan yang sudah tidak boleh diguna pakai lagi akibat terjerumus kepada kancah politik berlebihan.Fatwa agama di ketepikan pendirian poltik di guna kan sebalik lilitan serban dan jubah.Pemerintah sekarang, Ikut lah cara Tun Mahathir, utama kan sejahtera negara lebih dari kedudukan politik Insyallah Allah akan memberi bantuan.

Tun Mahathir sentiasa meminta bantuan Allah, sedang kan ada pihak sentiasa memohon bantuan manusia melalui himpunan dan demo
Lihat cara Mahathir percaya kepada ayat ayat Allah, dikala hampir 100,000 orang berhimpun dii sebuah stadium di pantai timur siap berkain peidang luar stadium "hancur kan mahathir" dan mendoakan kebinasaan nya tetapi dia tetap percaya kepada khalik nya perlindungan Allah, berseorang diri berdoa didalam kaabah memohon perlindungan Allah lalu terselamat lah dia sehingga kehari ini.
Doa 100,000 tidak di jawap Allah sehelai bulu roma pun tak gugur dari solat hajat itu , kerana ia berpaksi kan kepalsuan dan poltik dunia dan bukan nya kebenaran


Kerajaan hendak lah Segera bertindak, jangan terlambat.


Umat Islam sudah resah jangan parang pula di asah.
credit to thechulan.blogspot.com