Saturday, 28 December 2013

.: KRISIS HARGA BARANGAN: KERAJAAN VS PEMBORONG. SIAPA DALANG SEBENAR?? :.

Kebelakangan ini, umum mengetahui bahawa harga barangan terutamanya makanan basah telah meningkat naik. Bagi suri rumahtangga atau sesiapa yang selalu ke pasar untuk membeli makanan basah, peningkatan harga pasti disedari dan dirasai mereka. Tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh pengguna pastinya akan membuatkan mereka mencari pihak yang patut dipersalahkan. 
Dan umumnya,kerajaanlah yang akan ditunding jari oleh mangsa mangsa tekanan ekonomi ini. Biarpun Menteri KPDNKK telah memberi jaminan harga tidak akan banyak berubah,namum benarkah tiada kenaikan harga tersebut? Hakikatnya kenaikan tetap terjadi dan pengguna terpaksa mengeluarkan belanja lebih dalam keadaan nilai wang makin kecil.
Namun sedarkah rakyat akan kenaikan harga barangan dan makanan basah tersebut dibuat oleh golongan pemborong? Bagi peniaga-peniaga kecil di pasar, mereka akan sedia maklum kenaikan tersebut dibuat oleh golongan orang tengah terbabaik (pemborong). Sedar atau tidak, golongan pemborong seolah-olah kebal dari sebarang tindakan undang-undang. 
Golongan tersebut menjadi “MASTERMIND” kepada naik dan turun harga barangan dan makanan basah. Golongan tersebut juga yang menjalankan aktiviti menyorok stok makanan untuk menaikkan permintaan sekaligus menaikkan harga jualan. Sudah sekian lama golongan pemborong ini menjalankan kegiatan seperti ini, namum tidak pernah mereka dipersalahkan. Mangsa yang menjadi amarah rakyat, adalah kerajaan.
Kerajaan mutakhir ini bertalu talu menerima berbagai desakan untuk menaikkan harga oleh persatuan-persatuan pemborong .Malahan tidak ketinggalan persatuan yang memberi perkhidmatan seperti pengusaha bas sekolah dan lain lain juga tidak ketinggalan turut sama mendesak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran dan tambang
Walaupun telah berkali-kali kerajaan memberikan amaran kepada golongan tersebut, nyata mereka memandang enteng terhadap amaran yang dikeluarkan. Tindakan mereka yang terus mendesak kerajaan menimbulkan persepsi seolah olah kerajaan tidak mampu membuat apa –apa melainkan hanya berterusan memberi amaran kosong. 
Bagi persatuan perniagaan makanan pula, alasan yang sering mereka kemukakan adalah penambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Mereka menggunakan seribu satu alasan seperti banjir yang melanda di negara China sekaligus kerajaan China mengurangkan eksport gandum. 
Ianya semata mata alasan untuk mewajarkan tindakan mereka. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.

Sebagai contoh senario yang terjadi dalam isu ini;
Sebagai pengetahuan bersama, Industri Perikanan di Malaysia terletak di bawah kuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Namun sedarkan kegiatan pemborongan seolah-olah tidak tertakluk di bawah bidang kuasa LKIM tersebut. Malahan, kegiatan tersebut juga seakan-akan bebas dari tertakluk di bawah Kementerian Pertanian dan KPDNKK.
Keadaan kenaikan harga bahan makanan basah ini bukanlah senario yang baru terjadi. Ianya telah terjadi sejak sekian lama dan berlarutan sehinggalah pada masa sekarang, akhir 2013. Sekiranya ditanya kepada penjual dan peniaga tentang kenaikan barangan ini, jawapan yang bakal diterima adalah sama kesemuanya, yakni pemborong telah menaikkan harga. 
Bertambah Menarik apabila soalan yang sama ditanya kepada golongan pemborong yang majoritinya golongan bermata sepet ini, pantas mereka menunding jari kepada kerajaan kononya kerajaan telah menaikkan harga. Malangnya tohmahan yang dilemparkan seringkali dipercayai oleh masyarakat tanpa menyedari senario yang terjadi telah menguntungkan golongan tersebut. Dan berterusanlah rakyat menjadi mangsa.
Seringkali kerajaan dipersalahkan apabila membuat keputusan berkenaan dengan tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi serta membuat penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa barangan lain. Dan kebiasaannya keputusan kerajaan pula tertakluk kepada tekanan golongan pemborong ini. 
Demi memastikan stok barangan berkurangan di pasaran, kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan tersebut setelah didesak dan diugut oleh golongan pemborong ini. Dalam hal melibatkan tarif elektrik pula, keputusan kerajaan terikat dengan faktor perjanjian yang telah dimeterai menyebabkan kerajaan terpaksa akur.

Seperti kebiasaan, kerajaan sentiasa menjadi sasaran amarah rakyat yang terpedaya dengan sandiwara dan tohmahan pembangkang yang menggambarkan kerajaan Malaysia ini seolah olah kerajaan Komunis dan Sosialis yang membuat penentuan segala harga kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan di pasaran akan menjadi kesalahan kerajaan walhal “hantu” disebalik kekurangan barangan tersebut adalah golongan pemborong. Tindakan menyorok stok barangan di pasaran sering kali terjadi ketika menjelang hari perayaan demi menaikkan harga barangan tersebut. Bukahkan keadaan ini berlaku setiap tahun? 

Masihkah rakyat tidak sedar golongan manakah yang menjadi dalang tersebut?.
Menerusi krisis ini, dapatlah digambarkan seolah kuasa di Malaysia ini bukanlah pada kerajaan, tetapi golongan pemborong tersebut. Merekalah yang melakukan tekanan dan membiayai segolongan orang untuk mempercepatkan tekanan melalui demontrasi dan kerja huru hara lain. Malangnya kebanyakan rakyat tetap melihat kerajaan yang bersalah dalam hal ini. 

Namun kebanyakan rakyat Malaysia seringkali berfikiran singkat dan gagal mengimplikasikan ilmu pengetahuan asas sebaliknya sering mengambil jalan mudah untuk mengatasi kenaikan harga di dalam negara dengan melakukan rusuhan dan demontrasi berharapan untuk menukarkan kerajaan. Sedarkah mereka seandainya kerajaan Malaysia telah ditadbir oleh bukan BN/UMNO sekalipun, kenaikan harga tetap akan berlaku malahan mungkin lagi parah. 
Apakah mereka sangkakan golongan pemborong ini akan berpuas hati? Tidak dan mustahil!. .Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik para pemborong.

Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan...

Friday, 27 December 2013

.: 31 Disember Menjadi Medan Untuk Pakatan Rakyat Menggulingkan Kerajaan? :.

Masihkan anda semua ingat kejadian pencerobohan di Lahad Datu oleh golongan yang menggelarkan mereka Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara pada 11 Februari 2013? 
Kes yang sangat menggemparkan negara malahan di sekitar Asia. Namun, sehingga kini dalang di dalam isu pencerobohan tersebut masih tidak didedahkan walaupun terdapat persepsi dan tanggapan dalang tersebut adalah beberapa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, termasuklah Anawar Ibrahim. 
Persepsi tersebut timbul apabila masyarakat mengkaji kronologi perjalanan dan pertemuan yang berlangsung diantara mereka dan kumpulan lanun penceroboh tersebut. Tidak lama sejurus pertemuan diantara kedua belah pihak tersebut, pihak lanun Sulu mengceroboh dan menyerang Lahad Datu dan Semporna. 
Umum mengetahui, apa yang akan terjadi sekiranya perbicaraan pencerobohan itu dijalankan. Dalang kejadian tersebut akan dikenakan hukuman gantung sekiranya didapati bersalah di atas cubaan melancarkan peperangan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Pada tahun 2000, terjadi kejadian yang hampir serupa dengan tragedi Lahad Datu. Pada masa tersebut, terdapat sekumpulan militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Al Maunah yang bertempat di Sauk, Kuala Kangsar,Perak. 
Kumpulan tersebut yang terdiri dari kumpulan militan dan kumpulan silat bercita cita mendirikan sebuah Kerajaan Islam menerusi pertumpahan darah dan revolusi. 
Mereka lantas melancarkan peperangan terhadap kerajaan Malaysia. Walaupun tragedi itu dapat diatasi oleh kerajaan Malaysia,namu pada permulaan tragedi itu, PAS sedaya upaya menfitnah dengan mengatakan tragedi itu semata mata sandiwara untuk menyelamatkan kerajaan Dr Mahathir. 
Namun tuduhan itu hilang begitu sahaja apabila fakta-fakta dibentangkan di mahkamah, tambah mengejutkan apabila diketahui, ketua Al Maunah, Mohamed Amin bin Mohd Razali adalah ahli PAS!!
PAS tidak lagi bercerita tentang SANDIWARA, bahkan media Internet yang pada waktu itu cukup popular menyokong PAS dan gerakan Reformasi, turut tidak lagi bercerita tentang Tragedi Sauk. Kematian Mohamed Amin sendiri pun, tidak mendapat sebarang publisiti daripada PAS dan media-media Internet pro-PAS mahupun Reformasi.
Selepas peristiwa di Sauk, Perak tersebut, tiada lagi penentang kerajaan yang berani bertindak ekstrem dengan menggunakan senjata. Seiring dengan perubahan zaman, mereka menetang kerajaan menggunakan lidah dan tulisan mereka. Pakatan Rakyat telah beberapa kali menganjurkan demonstrasi dalam usaha menggulingkan kerajaan. 
Walaupun mereka tidak mendakwa perhimpunan itu anjuran mereka,namun ucapan dan seruan pucuk pimpinan mereka yang menggalakkan penyokong mereka untuk turun berdemonstrasi dan merusuh serta memaksa kerajaan dibubarkan dan diserahkan kepada Pakatan Rakyat,jelas membuktikan mereka adalah perancang utama demonstrasi tersebut.Lihat sahaja ucapan-ucapan Anwar Ibrahim terutamanya semasa menjelang PRU13 dan selepas kekalahan mereka. 
Mereka turun ke jalanan atas alasan SPR tidak adil walaupun pihak SPR telah membentangkan bukti-bukti untuk mematahkan hujah pihak pembangkang. Namun menjadi kebiasaan pihak pembangkang,mereka tidak akan menerima penjelasan yang dibuat. Ianya mendorong kepada terjadinya himpunan yang digelar BLACKOUT 505.

Setelah selesainya perhimpunan Blackout 505 yang boleh dikatakan gagal, Anwar Ibrahim dan PKR terus menunggu satu X FACTOR untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ini. Yang mereka perlukan hanyalah alasan. Mereka mendapat peluang yang terbaik apabila kerajaan mengumumkan peningkatan harga perkhidmatan dan barang selain cukai. 
PKR menerusi beberapa NGOnya seperti Jingga 13 dan SAMM terus mengatur satu lagi gerakan untuk menggulingkan kerajaan yang dinamakan GERAKAN MENGGULINGKAN KERAJAAN.

Tarikh 31 Disember 2013, waktunya tengah malam, telah dipilih untuk tujuan tersebut. Kempen-kempen subversif telah pun dimulakan di Internet, khususnya di Facebook. Menggelikan hati apabila SAMM menafikan mereka menganjur perhimpunan tersebut sedangkan seruan untuk ke dataran untuk menggulingkan kerajaan datang dari website SAMM sendiri!!
Kita bakal menyaksikan usaha para penyokong Pakatan Rakyat untuk menyalahkan pihak polis dan anggota keselamatan bagi perbuatan subversif mereka. Mereka tidak akan pernah menyalahkan diri sendiri, tetapi mereka akan terus membenarkan perbuatan mereka dengan terus berpegang kepada alasan-alasan karut mereka sendiri. Hanya kerana isu Lahad Datu yang masih belum selesai, Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.
PAKATAN RAKYAT tidak berani menyuarakan keinginan dan hasrat mereka untuk menggulingkan kerajaan secara terang-terangan, sebaliknya hanya berselindung di sebalik beberapa alasan dan provokasi kanak-kanak berotak mentah.