Sunday, 5 January 2014

#BR1M tutup permohonan 31 Januari 2014 . Cepat daftar ...

Ini adalah situasi sebenar kerancakan pendaftaran BR1M Kelantan di LHDN tengahari tadi. Rakyat mula datang berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri apabila pihak kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman untuk tidak melanjutkan tempoh permohonan yang berakhir pada 31 Januari 2014 ini.

Di LHDN Kota Bharu, kelihatan rakyat berpusu-pusu datang mendaftar diri. Alhamdulillah , rezeki Allah melalui kerajaan Malaysia(asbab) .

Pihak pegawai LHDN Kota Bharu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Syabas!!

Program BR1M ini, adalah satu usaha murni kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di paras kemiskinan secara tepat kepada tangan rakyat dan wajar untuk diteruskan (bergantung kepada kekukuhan kewangan negara) tanpa mengira mana-mana parti yang memerintah negara.






BR1M adalah capaian prestasi terbaik kerajaan Malaysia untuk rakyat yang membolehkan rakyat tersenyum walau untuk seketika tapi amat besar maknanya.

BERITA SENSASI : Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) tidak akan menjadi kenyataan selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam ini memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Aseh yang memuat naik status terbarunya di laman Facebook (FB) lewat malam ini menjelaskan bahawa tiada permohonan dibuat oleh Hard Rock International untuk mewujudkan HRC walaupun mengakui menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.
“Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

“Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan.
“Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam Facebook.

Semalam, cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.


Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda.

Beberapa jam selepas berita pembukaan Hard Rock Cafe disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook (FB) diwujudkan menggunakan nama ‘Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya’ yang mendapat lebih 7,000 ‘likes’ hingga tengah malam ini.

“Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam.

“Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya.” Itu antara penjelasan bertulis yang terdapat pada akaun berkenaan.
Selain akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ dan ia mendapat bantahan daripada pengikut laman itu.

Malah, tinjauan Harian Metro bagi mendapatkan reaksi daripada orang ramai mendapati, kebanyakannya memberikan maklum balas menolak pembukaan cawangan Hard Rock Cafe yang dijangka beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3, di sini.

Kakitangan kerajaan, Azahani Ahmad Othman, 30, berkata, kafe bertaraf antarabangsa itu tidak sepatutnya dibuka di Putrajaya kerana kebanyakan komuniti di sini adalah Muslim.

“Saya membantah pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dan berharap tiada ruang diberikan untuk ia beroperasi di sini.

“Pada masa sama, kita tidak mahu menjejaskan imej Putrajaya kerana ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tidak sepatutnya Hard Rock Cafe berada di sini,” katanya.

Ahli Perniagaan Muhamad Khairuddin Othman, 30, berkata, pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan memberi peluang kepada pengusaha kelab malam lain untuk cuba mendapatkan lesen beroperasi di sini.

“Kita tidak perlu mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada kafe berkenaan beroperasi di sini kerana kita sememangnya tidak mahu Hard Rock Cafe beroperasi di Putrajaya.

"Walaupun saya bukan penduduk Putrajaya tetapi saya berpendapat, Putrajaya tidak sepatutnya mempunyai Hard Rock Cafe," katanya.

Pekerja kedai aksesori kenderaan, Muhammad Iqbal M.A Karim, 22, berkata, untuk menarik kehadiran pengunjung di Putrajaya, pembukaan Hard Rock Cafe bukan langkah terbaik.

Menurutnya, lokasi pusat Pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sudah terkenal dan mempunyai kawasan menarik sekali gus pembukaan kafe bertaraf antarabangsa tidak diperlukan.

HARIAN METRO 2014/01/06


Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya !!!

Saturday, 4 January 2014

DS Najib, RAKYAT TIDAK PEDULI DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENGURANGAN KOS KERAJAAN


2 Januari 2014

Baru permulaan tahun baru, tetapi DS Najib sudah buat statement yang boleh mencabar kesabaran rakyat.  Kenyataan tentang 11 langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan diulas oleh DS Najib kononnya mendapat maklum balas yang baik dari rakyat. MAKLUM BALAS YANG BAIK??

Saya tak salahkan DS Najib dalam hal ini. Seperti mana yang kita tahu, hal –hal berkaitan dengan urusan seperti ini, DS Najib akan diberikan penerangan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana ,Menteri (PRIME MINISTER OFFICE).  Yang menjadi persoalan, kenapa pegawai-pegawai dari PMO tidak memberi penerangan yang sebenar kepada DS Najib tentang hal ini? 

Berani saya katakan sejak diumumkan langkah pengurangan kos perbelanjaan  kerajaan oleh DS Najib, hampir 80% rakyat memandang jelek. Tidak keterlaluan juga saya katakan yang terdapat pemimpin-pemimpin BN juga memandang enteng pengumuman itu.  

Tidak perlu buat borang soal selidik. Perhatikan sahaja komen – komen yang terdapat pada ‘posting’ Facebook DS Najib apabila beliau membuat kenyataan tersebut. Facebook DS Najib yang dipenuhi penyokong-penyokong setia yang terdiri dari rakyat marhein sebelum ini sangat menyokong apa-apa dasar yang dibuat oleh DS Najib. Tetapi cuba perhatikan komen yang terdapat pada posting tentang langkah pengurangan kos kerajaan. Hampir kesemua komen tersebut mengutuk langkah-langkah tersebut.
 
DS Najib patut faham. Rakyat jelata tidak ambil peduli tentang langkah penjimatan / pengurangan kos oleh kerajaan. Apa yang rakyat faham adalah hal berkaitan dengan poket mereka. Rakyat meluat apabila DS Najib terangkan langkah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sedangkan rakyat tetap menghadapi kenaikan kos hidup yang tinggi. 

Makin meluat rakyat pada kerajaan apabila pada PRU 13 dahulu, DS Najib selalu melafazkan “ kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup”. Alih-alih selepas PRU 13, rakyat dihidangkan dengan berbagai-bagai kenaikan / rancangan kenaikan kos sara hidup. Mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir Mohamad telah berulang kali menegur pimpinan kerajaan sekarang agar mengawal perbelanjaan. Telah nampak kekecewaan mantan PM tersebut akan hal ini. 

Seperti mana yang telah saya katakan awal penulisan tadi, saya yakin DS Najib membuat langkah-langkah tersebut setelah dinasihatkan oleh pegawai-pegawai PMO. Malah keputusan / pengumuman DS Najib sebelum-sebelum ini pun banyak yang dibuat setelah dinasihat oleh pegawai PMO. Namun DS Najib perlu ingat, ketika zaman Paklah meneraju kerajaan, angkara nasihat-nasihat dari pegawai PMO lah menyebabkan Pak Lah tersungkur setelah berulang kali membuat keputusan/kenyataan yang tidak popular. Istilah “dudak tingkat 4” cukup popular pada zaman tersebut merujuk kepada sekelompok penasihat PM yang cukup berkuasa atas segala keputusan PM ketika itu. Malah tidak mustahil kalau andaian mengatakan terdapat sabotaj terhadap PM oleh pegawai-pegawai PMO tersebut.

NAMUM DS NAJIB, DENGARLAH RAYUAN RAKYAT MARHEIN INI. PERSETANKAN NASIHAT-NASIHAT PEGAWAI PMO TERSEBUT. DENGARLAH RUNGUTAN DAN KELUHAN RAKYAT JELATA. KEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT PADA KEPIMPINAN DS NAJIB.

Ancaman Kristianisasi di Malaysia: Kenapa Mereka Makin Berani??

Pada khamis 2/1/2014, dua hari setelah menjelang tahun baru, pihak JAIS telah menjalankan satu serbuan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara,Petaling Jaya. Lebih 300 naskah Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban dirampas.  Serbuan dijalankan mengikut Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama Kepada orang Muslim).

Sebelum itu, editor akhbar mingguan Katilik The Herold, paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah walaupun bercanggah dengan titah Sultan Selangor pada 14 Disember 2013.


Walaupun tindakan paderi tersebut jelas bertenang dengan titah baginda Sultan, namun seperti biasa tindakannya terus mendapat sokongan-sokongan dari pemimpin parti politik pembangkang.  Malahan tindakan JAIS menyerbu dan merampas Bible berbahasa Melayu mendapat kencaman yang hebat daripada pemimpin pembangkang.  

Lebih menyedihkan apabila diantara pemimpin tersebut datangnya dari parti yang katanya memperjuangkan Islam.   






Malahan berkaitan dengan langkah penyerbauan JAIS tersebut, terdapat banyak posting dan komen di facebook yang mengutuk dan menghina JAIS sekaligus menjatuhkan maruah Islam di Malaysia.
 



Sekarang sudah jelas ancaman kristianisasi di Malaysia. Tidak salah melabelkan mereka sebagai biadap apabila sudah berani secara terang terangan menghina Islam dan melanggar titah Sultan Baginda.  Namun tidak menjadi kepelikan kenapa “golongan” ini terlampau berani bertindak sedemikian. Ianya kerana terdapat parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam namun bertindak sebagai pembela utama dalam golongan tersebut dalam usaha memurtadkan penganut Islam di Malaysia.
  






"MEREKA SEBAGAI BIADAP APABILA SUDAH BERANI SECARA TERANG TERANGAN MENGHINA ISLAM DAN MELANGGAR TITAH SULTAN BAGINDA"