Sunday 29 December 2013

.: NASIB BANGSA MELAYU :.



Kasihan bangsa Melayu. Sejak berpuluh malah beratus tahun dahulu bangsa melayu sering kali ditipu. Seolah olah sudah menjadi sebati bangsa melayu dengan ditipu. Bacalah sejarah-sejarah bangsa melayu. Sejak dari zaman kesultanan dahulu lagi, bangsa melayu mudah ditipu. Kejatuhan empayar melayu bukanlah kerana kita lemah dalam peperangan, tetapi hasil muslihat tipu daya semata. 
Keadaan ini berterusan sehinggalah zaman penjajahan british. Kaum melayu sekali lagi ditipu apabila dengan rela hati keluar dari bandar-bandar untuk memberi laluan kepada kongsi gelap cina menjalankan urusan lombong. Apa yang terjadi, pembesar Melayu saling bergasak sesama sendiri sehinggakan hilang kuasa dan kawasan yang mereka perintahkan jatuh ke tangan kongsi gelap cina.

Bangsa melayu terkenal dengan bangsa penyabar. Keunikan bangsa melayu adalah sanggup mengalah biarpun ditindas semata mata untuk mengelakkan berlaku masalah. Bukan kerana bangsa melayu penakut. Jauh sekali dakwaan tersebut. Tetapi bangsa melayu mempunyai kesabaran dan kesopanan yang tinggi.  
Kerana sikap bangsa melayu seperti inilah menyebabkan melayu sering ditindas. Dengan keagresifan Hai San dan Ghee Hin, Kuala Lumpur akhirnya diserahkan kepada Cina, manakala baki kawasan Melayu iaitu dari Pudu-Bangsar-Damansara pula beransur-ansur dikuasai oleh Cina. Sekarang ini majoriti Melayu di Kuala Lumpur hanya tinggal di rumah-rumah pangsa yang dibina oleh kerajaan untuk penempatan bekas setinggan. Tanpa projek-projek rumah pangsa dan PPR itu, Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur hanyalah mereka yang tidak pernah pergi mengundi tetapi mendapat banyak manfaat daripada sokongan Melayu-Bumiputera kepada UMNO-BN. Malahan di Kampung Baru sekalipun, Melayu sudah berkurangan sebaliknya warga Indonesia yang ramai.
 
Diantara sifat bangsa melayu adalah mereka bangsa Pembeli. Kebanyakan bangsa melayu lebih gemar membeli daripada menjual. Sekiranya mereka menjalankan perniagaan sekalipun, biasanya hanyalah dalam skala yang kecil. Bukan kerana tidak ada hati untuk menjadi gergasi di dalam perniagaan, namu ramai yang tak sanggup menghadi kesukaran dalam cabaran terbabit. Lantas jalan mudah hanyalah berkerja makan gaji atau meniaga kecil kecilan.


Pada PRU ke 13 kali ini, umum telah menyaksikan bahawa kaum cina bersatu membentuk gelombang menolak kerajaan. Mereka semua telah bersatu menyokong pimpinan DAP untuk menyingkirkan kerajaan Melayu-Bumiputera yang dikuasai UMNO. Bilangan bukan melayu yang menyokong parti pimpinan kerajaan waktu itu terlampau kecil jumlahnya dan tertumpu kepada berbagai parti seperti MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan PPP.

 
Pada masa sekarang, dengan kekuasaan ekonomi sudah di dalam genggaman, langkah yang terbaik untuk menyingkirkan Melayu di bumi Malaysia ini adalah dengan menguasai politik pula. Bagaimanapun untuk mencapai tujuan berkenaan, mereka tetap memperalatkan kaum melayu sendiri untuk meruntuhkan pimpinan bangsa melayu. Kaum Cina hanya menyuntik modal dan menanam kebencian kepada rakyat. Caranya mudah. Dengan mengenakan tekanan ekonomi melalui kenaikan harga dan menuduh semuanya salah kerajaan yang korupsi, maka secara automatik semua kesalahan akan terletak kepada kerajaan!
Pada malam 31 Disember nanti, keadaan masih sama. Skrip yang digunakan masih sama. Kebelakangan ini kita dapat merasakan kenaikan harga barangan keperluan (rujuk artikel sebelum ini) oleh pemborong yang 90% adalah golongan bermata sepet ini. Bila kenaikan makin terasa, maka ditiupkan pula persepsi dan fitnah yang memburukkan kerajaan seolah olah kerajaan yang menaikkan harga barangan asas tersebut. Melayu-melayu yang tidak berpuas hati akan turun ke jalanan untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barangan terbabit. Sedangkan hakikatnya mustahil kerajaan akan dapat menurunkan harga tersebut sekiranya kaum bermata sepet ini kekal menguasai pasaran.
Apa yang akan terjadi, pengakhirannya orang melayu sendiri yang menjadi mangsa. Mangsa kerana sikap diri sendiri. Melayu tidak pernah sedar dan tidak pernah mahu mengambil pengajaran daripada sejarah sehinggakan orang lain pula yang boleh meminda-minda serta memintal-mintal sejarah Melayu di tanah air sendiri!


Lirik lagu warisan (renung dan fahamkan)

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang



Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa di antara kita

Cinta lenyap di arus zaman



Indahnya bumi kita

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Kita kan merintih sendiri



Jangan buang waktu lagi

Majulah raih sebuah mimpi

Hapuskan sengketa

Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara



KITA KAN GAGAH DI NUSANTARA !!!

KITA KAN GAGAH DI PENTAS DUNIA !!!



No comments :

Post a Comment