JELI 17 Feb. - Kesediaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam
pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak
dilihat sebagai satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN).
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, hasrat Zaid
untuk bertanding tidak wajar dihalang, sebaliknya perlu dialu-alukan
kerana perkara itu membuktikan amalan demokrasi terus subur di negara
ini.
"Kalau dia nak bertanding biarlah, malah kalau ada sesiapa lagi nak
bertanding, silakan. Tidak ada masalah kerana ini negara demokrasi.
"Apa yang penting, saya harap semua selamat dan proses pilihan raya
akan berjalan lancar, tiada sebarang kekacauan," katanya dalam sidang
akhbar selepas menghadiri Program Penghijauan Bumi anjuran Universiti
Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, dekat sini hari ini.
No comments :
Post a Comment