Wednesday 5 March 2014

MEI FUN MAMPU MENANG : KU LI



Barisan Nasional (BN) masih berpeluang merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya menggunakan strategi yang tepat semasa berkempen dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun juga mempunyai kredibiliti dan mampu membuat kejutan biarpun disifatkan sebagai underdog.

"Kita kena atur strategi dan saya pasti para pemimpin kita sudah ambil kira.

"Memang DUN Kajang milik MCA daripada asal cuma kita dah kalah dan kali ini pun ada pemimpin wanita yang ada kredibiliti, mungkin dia mempunyai harapan kalau kena strategi yang kita buat," katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan Bayaran Wang Sara Hidup Peneroka bagi Program Tanam Semula kepada sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar di Bukit Cekati di sini semalam.


No comments :

Post a Comment