Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan


PULAU PINANG 19 Jun - Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan atas arahan yang dikeluarkan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rayer, Gobind Singh Deo yang berkata, notis penangguhan itu hanya ditetima pihaknya pagi ini selepas mereka hadir ke Mahkamah Sesyen di sini.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berkaitan perkara itu dan akan memohon agar dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan 15 Anggota UMNO dituduh atas kesalahan menceroboh dan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau kedua-duanya di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 448.

15 ahli umno yang dituduh dilepaskan dgn jaminan RM2000 , akan dibicarakan pada bulai Julai 2014.

TARIKH:19062014
MASA : 11.21AM
TEMPAT: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Tuesday, 22 April 2014

PRK Bukit Gelugor: DAP Pulau Pinang Bermesyuarat Khamis Ini


GEORGE TOWN, 22 April (Bernama) -- Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat Khamis ini untuk membincangkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan turut membincangkan calon dan strategi pilihan raya kecil berkenaan selain aspek logistik serta statistik.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini yang diadakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang keluar beramai-ramai menghadiri perarakan membawa mayat bapanya untuk disemadikan pada Ahad lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan tentang kekosongan kerusi berkenaan oleh Dewan Rakyat dan SPR akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.

Chow berkata DAP belum menyenarai pendek calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan enggan mengulas sama ada Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki mendiang Karpal Singh, akan mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu.

Sebelum ini, Tim Donoghue, penulis biografi Karpal Singh, memberitahu sebuah portal berita bahawa Karpal Singh telah memilih sendiri anak lelakinya, Ramkarpal, untuk bertanding jika beliau terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan.

-- BERNAMA