Tuesday, 8 April 2014

Penjualan tanah Canal City di Kuala Langat meragukan.


Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.

1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar kepada Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.

2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.

3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:

a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.

c- Baki RM458.26 juta adalah 5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.

4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.

5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.

6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.

8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Sunday, 6 April 2014

Dakwaan Anwar tidak berasas, sempit fikiran ~ Hishammuddin?


Malaysia mendapat kepercayaan Standard Chartered



Gergasi perbankan antarabangsa, Standard Chartered Plc menyandarkan harapan tinggi kepada pengalaman Malaysia dalam industri perbankan Islam bagi memacu pertumbuhan operasinya di Asia Tenggara. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Sands, berkata segmen perbankan Islam bakal menjadi tumpuan kepada institusi kewangan Britain itu pada masa hadapan berikutan kadar pertumbuhannya kini sudah mengatasi segmen perbankan konvensional. 

Bertaraf global 

Sands yang dalam rangka lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur minggu lalu berkata, perkembangan itu menjadikan operasinya di Malaysia begitu penting kerana negara ini adalah hab perbankan Islam yang menawarkan produk bertaraf global. 

Wednesday, 2 April 2014

HOT! Kritikan Terhadap Malaysia Tun Dr Mahathir BIDAS Media Antarabangsa! #MH370 #PrayForMH370


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, media antarabangsa tidak sepatutnya mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.

"Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

"Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.

"Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun," katanya. - Bernama