Showing posts with label anwar. Show all posts
Showing posts with label anwar. Show all posts
Sunday, 6 April 2014
Friday, 7 March 2014
Anwar Peliwat Psiko…Ada Bipolar Disorder
Katakan aspek DNA, forensik, degradition, integriti sampel dan break in chain of evidence diketepikan atas alasan bahawa kesemua aspek dimanipulasi untuk kenakan Anwar Ibrahim melalui dakwaan dia telah meliwat…masih ada beberapa soalan yang masih belum diketahui jawapannya dan tidak mampu dijawab oleh Anwar maupun peguam-peguamnya sehingga ke hari ini….
Apakah hujah balasan untuk senarai soalan di bawah ini :
a) Walaupun Najwan Halimi, saksi dalam kes telah hantar e-mel kepada Anwar memeberitahu tentang Saiful yang dikatakan pro BN semasa di universiti, mengapakah Anwar tidak ambil apa-apa langkah untuk jaga keadaan?
b) Mengapakah secara spesifik anwar minta ketua stafnya iaitu Ibrahim Yaakob untuk hantar Saiful ke pangsapuri berkenaan?
c) Yang kata ada saksi alibi adalah Anwar dan dia diikat jamin atas alasan yang sama..namun sehingga kes tamat tiada satu saksi alibi pun telah naik kandang saksi bagi pihak Anwar..
d) Mengapakah Anwar tidak memanggil 2 pembantu rumah yang bekerja untuk Hasanuddin iaitu pemilik pangsapuri tersebut? Mereka adalah saksi penting kerana mereka yang telah masuk ke dalam unit di mana liwat berlaku untuk letakkan karipap dan teh? Kenapa pula Hasanudin sendiri tidak naik kandang saksi demi Anwar? Kenapa Anwar perlu berbohong ada saksi alibi jika dia tidak meliwat Saiful?
e) Dalam satu kenyataan saksi yang direkod dalam mahkamah, peguam Anwar telah gesa mahkamah untuk keluarkan kata-kata “diliwat lagi” kerana Saiful telah beri keterangan ini bukan kali pertama malah telah berlaku beberapa kali ketika mereka ke luar negara…misalnya di Hong Kong….bermaksud ini bukan satu insiden yang berlaku buat kali pertama…
f) Ada yang tanya kenapa Saiful tidak tolak Anwar walaupun muda…fikir sejenak…keluarga kamu miskin..kau telah dibuang universiti..tapi kamu pula dibayar gaji sebanyak RM 2500 dan dapat semua insentif yang lain seperti seorang graduan..masalahnya majikan kamu itu seorang tua yang gatal dan suka meliwat anda? Apakah daya atau pillihan anda pada masa itu? Walaupun berbeza dengan keputusan Saiful tak bermaksud keputusan Saiful itu salah…cara menangani dan berdepan masalah adalah berbeza mengikut sifat seseorang itu…
g) Semua saksi yang dipanggil oleh Anwar adalah saksi pakar ie expert witness…ini cukup untuk membuktikan bahawa cara untuk melepaskan diri daripada disabitkan bersalah atas dakwaan liwat ini adalah melalui cara teknikal dan mencari kelemahan dan lubang cacing dalam aspek undang-undang.
DNA dan forensik adalah untuk mengaburi mata orang awam…hakikatnya, Anwar Ibrahim meliwat Saiful…insiden yang berlaku di pangsapuri Hasanudin itu bukan satu insiden untuk kali pertama….Anwar telah memaksa dan membuli Saiful untuk merelakan dirinya diliwat….saya tidak akan percayanya kalau tak kenal Anwar daripada jarak dekat….kenyataan teman penjara Anwar masa di Sungai Buloh turut mengesahkan sikap agresif Anwar yang akan berang dan jadi gila apabila dinafikan peluang memuaskan keghairahannya…itu Anwar…saksinya mata sendiri bukan sekadar percayakan kata-kata orang lain…
Anwar Ibrahim adalah peliwat yang psiko…ada bipolar disorder..
Tuesday, 4 March 2014
UMCEDEL PENJILAT TEGAR ANWAR: ZAID IBRAHIM
Berikut adalah maklum balas daripada Zaid Ibrahim berkenaan tulisan Prof Redzuan Azizan dari UMCEDEL:
Saya merujuk kepada kenyataan Profesor Redzuan Othman dari UMCEDEL dalam The Malaysian Insider beberapa hari lalu yang berkata saya pernah menjilat Anwar, sedangkan dia tidak.
Sebagai seorang Profesor yang sepatutnya tebal dengan integriti akademik dan profesionalisme, Profesor Redzuan tidak sepatutnya menunjukkan emosi dan kemarahan yang keterlaluan kepada saya semata-mata kerana tulisan saya. Malu nanti pelajar pelajar diuniversiti Malaya.
Dalam bidang psikologi ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme bernama “projection” iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada kita bagi mengelak orang tahu kita ada sifat itu.
Saya hairan kenapa Profesor Redzuan terlalu obsess dengan Anwar. Hampir semua kajian utama UMCEDEL akan difokus kepada Anwar seolah-olah politik Malaysia ini berkait dengan Anwar semata-mata.
Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?
Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:
Kajian UMCEDEL dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati 44 peratus responden yang percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding hanya 31 peratus responden yang percaya Najib lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013 mendapati hanya 18 peratus responden yang percaya video seks lelaki mirip Anwar adalah tulen dan 62 peratus responden tidak terpengaruh dengan video seks lelaki mirip Anwar.
Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang tidak bersetuju.
Tidakkah jelas perkaitan Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini? Sebelum PRU 13, kajian UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bila Anwar kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba baik pulih imej Anwar yang telah berjanji letak jawatan jika kalah dengan kata pula rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan.
Saya menulis dalam blog tentang kajian UMCEDEL sama ada orang Kajang boleh terima Anwar sebagai Menteri Besar atau tidak. Saya merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat begitu cepat tentang perkara yang orang ramai tidak pun mengetahui semasa kajian itu dibuat. Saya bayangkan kajian itu adalah memihak kepada Anwar dan bertujuan memberi justifikasi mengapa pilihan raya diperlukan, dan supaya orang terima Anwar sebagai Menteri Besar.
Profesor Redzuan berkata Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang; Anwar tahu tak tahu itu suatu yang tidak relevan. Soalan yang relevan ialah apakah Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum kajian dibuat?
Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?
Kalau Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam (inner circle) Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak mengetahui rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.
Saya mengemukakan pendapat saya berasaskan pengetahuan saya.
Kalau kajian itu dibuat mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain maka saya akur dengan keputusan survey itu. Tetapi bukan saya sahaja sangsi dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut pertikai keputusan survey itu.
Ramai yang anggap terlalu “coincidental” keputusan survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di Kajang.
Bagaimana Profesor Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi kajian UMCEDEL sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi pula, Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya guna metodologi kualitatif saja?
Profesor Redzuan bercakap tentang politik Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik Malaysia sedangkan PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak ada orang tahu pun apa tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?
Profesor Redzuan kata dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada tahun 1982 Anwar sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan rapat Anwar melalui perkaitan dalam ABIM.
Tak usahlah Profesor Redzuan nafikan. Bila Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM antara perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak ditahan ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya.
Rumah Profesor Redzuan di Sungai Ramal Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan adalah Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM.
Profesor Redzuan sering dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu Pemimpin PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan adalah salah seorang penceramah utamanya.
Tentang perkataan jilat yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap itu adalah kesilapan besar. Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada macam-macam konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang kenalan rapat Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh Profesor ini perlu diperjelaskan.
Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini sewenang-wenangnya. Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna perkataan bodoh begitu.
Saya memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan khidmat saya diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di negara ini.
Malangnya saya tidak kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR ini hanya indah khabar dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun, tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian.
Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan seorang homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat Anwar atau mana-mana lelaki lain.
Saya ingin sarankan kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah nama baik academia; jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang politik kerana ini akan membuat mereka hilang objectivity.
Mereka tidak akan dihormati jika mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan. Jaga nama baik pelajar dan istitusi pendidekan negara.
Monday, 24 February 2014
BUKAN HANYA MELAYU.CINA PUN MUDAH LUPA
Jika sebelum ini, ucapan Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Melayu mudah lupa. Ucapan keramat itu dilafazkan ketika perhimpunan Agung Umno 2001 mendapat reaksi yang sangat hebat. Sajak yang menceritakan betapa bangsa Melayu begitu mudah lupa atas apa yang terjadi. Sajak yang merupakan luahan hati Tun Mahathir ketika itu seolah mengingatkan semula kepada bangsa Melayu akan nasib bangsanya.
Namun ternyata bangsa yang mudah lupa bukan hanya Melayu. Bangsa Cina ketika ini juga telah menjadi bangsa yang pelupa. Lupa pada apa yang pernah Anwar Ibrahim pernah buat kepada Bangsa Cina. Lupa tentangan Anwar Ibrahim kepada Bangsa CIna ketika di dalam Umno dahulu.
Kita imbas semula ketika Anwar Ibrahim menjadi pelajar di Universiti Malaya. Ketika negara kecoh menghadapi konfrantasi antara kaum akibat tragedi 13 Mei, Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah hitam tersebut. Umum tidak mengetahui peranan Anwar Ibrahim di dalam tragedi 13 Mei.Namun menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.
Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris. Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.
‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.
Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.
Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.
Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana.
Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013).
Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993. Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994.
Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal hudud. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud.
Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya.
Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu.
Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks.
Monday, 17 February 2014
PAS GAGAL MENGEMBANGKAN ISLAM DI SELANGOR! ANWAR IBRAHIM MUNJUL MENJADI JAGUH ISLAM
Anwar Ibrahim yang dikatakan calon dari Parti Keadilan Rakyat untuk PRK N25 Dun Kajang telah mengumumkan bahawa mengimarahkan masjid adalah agenda beliau sekiranya memenangi pilihanraya tersebut pada 23 MAC depan. Anwar dikatakan mengumumkan perkara tersebut di dalam program "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti,Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang,lapor Malaysiakini.com.
“Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam,” katanya.
Selangor di bawah pakatan rakyat sejak daripada 2008. Hampir lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tidak cukup Islamkah di selangor? Bukankah PAS sebahagian daripada kerajaan di Selangor? Kenapa serahkan urusan dakwah dan Islam kepada Anwar Ibrahim? Sudah gagalkah PAS di sana?
Tengok saja kenyataan Khalid Samad daripada PAS.Bukankah itu bukti bahawa hanya PAS sahaja yang paling arif tentang selok belok Islam? Selama ini pun, PAS mendabik dada bahwa merekalah jaguh di dalam urusan ISLAM sampai layak bagi mereka menjatuhkan KAFIR dan menentukan SYURGA dan NERAKA orang Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim kali ini seolah olah merendahkan martabat PAS didalam Pakatan Rakyat.
Lagipun, layakkah Anwar menjadi jaguh dalam hal ini? Lihat sajalah track record beliau selama ini. Berbagai kes sosial melibatkan beliau. Video seks, kes liwat di mahkamah, kenyataan bohong tentang 16 September, penipuan Bangladesh dan Blackout. Belbagai bagai lagi isu dikaitkan dengan beliau. Jadi layakkah beliau menjadi jaguh dalam Islam? Lihat sahaja ceramah ceramah beliau. Caci maki menjadi kewajiban beliau.
Sejak pengumuman pilihan raya kecil DUN Kajang ini, Anwar Ibrahim sentiasa memberi jawapan yang berbeza mengapa beliau mahu bertanding. Daripada untuk membantu Khalid Ibrahim, kepada menggantikan Khalid Ibrahim sehinggalah kepada kononnya langkah awal menawan Putrajaya. Dan didalam gereja pula Anwar Ibrahim menggunakan alasan agama untuk membenarkan tindakan beliau.
Jadi bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak sama sekali berpura pura menjadi jaguh dalam memperjuangkan Islam. Dan terbuktilah selama ini bahawa PAS juga telah berbohong tentang kejayaan mereka mengembangkan Islam di Selangor padahal Anwar sendiri menyatakan dialah yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Kajang.Bukan PAS!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)









