Thursday, 19 June 2014
Masihkan PAS relevan mengekalkan perkataan ISLAM di dalam nama parti sedangkan pemimpin mereka bermatian membela KRISTIAN? Sepatutnya tukar dari PAS kepada PKS, Parti Kristian Semalaysia (PKS)!!!!
Labels:
ISLAM
,
MEMBELA KRISTIAN
,
Parti Kristian Semalaysia
,
pas
,
PKS
7 Jun - BISNES ONLINE : DATUK SERI AHMAD SHABERY
Keupayaan penggunaan internet semakin meningkat dan membantu
pemasaran produk. Menerusi fasa kedua program jalur lebar berkelajuan
tinggi, sebanyak seribu menara komunikasi ditambah.
Berita Penuh :
http://youtu.be/hFZrpZgOUaM
http://youtu.be/hFZrpZgOUaM
Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan
PULAU PINANG 19 Jun - Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan
Negeri Seri Delima RSN Rayer ditangguhkan atas arahan yang dikeluarkan
Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau
Pinang Datuk Razali Che Ani.
Perkara itu dimaklumkan peguam Rayer, Gobind Singh Deo yang berkata, notis penangguhan itu hanya ditetima pihaknya pagi ini selepas mereka hadir ke Mahkamah Sesyen di sini.
Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berkaitan perkara itu dan akan memohon agar dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan 15 Anggota UMNO dituduh atas kesalahan menceroboh dan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau kedua-duanya di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 448.

15 ahli umno yang dituduh dilepaskan dgn jaminan RM2000 , akan dibicarakan pada bulai Julai 2014.
TARIKH:19062014
MASA : 11.21AM
TEMPAT: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Labels:
ADUN Negeri Seri Delima
,
ditangguhkan
,
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
,
Pulau Pinang
,
Rayer
,
RSN
,
UMNO
Thursday, 5 June 2014
Malaysia Akan Rayu Kuota Haji Tambahan - Najib
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia akan cuba mendapatkan kuota
tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih
ramai umat Islam menunaikan ibadah itu pada tahun ini, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata pengurangan kuota haji sejak tahun lepas serta peningkatan jumlah pendeposit di Tabung Haji (TH) menyebabkan lebih ramai umat Islam di negara ini terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mengerjakan haji.
Katanya sehingga Mei lepas, sebanyak 1.5 juta umat Islam mendaftar untuk mengerjakan haji dengan sejumlah besar daripadanya adalah golongan muda dan kanak-kanak.
"Ini gambaran tahap ekonomi umat Islam di negara ini semakin baik dengan semangat dan kesedaran untuk menunaikan haji yang tinggi. Namun senarai yang semakin panjang dan jumlah kuota yang terbatas menyebabkan ia mengambil masa kira-kira 50 tahun sebelum tiba giliran masing-masing.
"Saya menganggap ini suatu cabaran besar dan kita termasuk saya sendiri akan cuba merayu supaya kerajaan Saudi dapat pertimbangkan kuota tambahan bagi mereka yang ingin menunaikan haji," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard dan buku mewah TH di sini, Khamis.
Perdana Menteri berkata sejak 2009, kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun berkurangan sebanyak 20 peratus sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.
"Oleh yang demikian, sejak tahun lepas, kuota Haji baru bagi Malaysia adalah sebanyak 22,320," katanya.
Najib berkata Tabung Haji akan mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang pada tahun ini yang melibatkan jumlah keseluruhan tanggungan kos haji melebihi RM130 juta.
Katanya kos sebenar bagi setiap jemaah haji untuk menunaikan ibadah tersebut adalah kira-kira RM16,000.
"Kalau dikira dari segi subsidi, ini merupakan kadar subsidi tertinggi yang pernah kita berikan bagi tiap-tiap seorang individu di negara ini," katanya.
Kad Tabung Haji Debit-i Mastercard yang dilancarkan hari ini memberi kemudahan 24 jam kepada pendeposit Tabung Haji untuk melakukan transaksi pengeluaran dan pembelian di lebih 38 juta lokasi perniagaan di seluruh dunia.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan buku mewah yang mendokumentasikan peristiwa penting sepanjang 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
Buku Tabung Haji itu diterbitkan dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail.
-- BERNAMA

Datuk Seri Najib Tun Razak
,
jemaah haji
,
tabung haji
,
TH
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)