Masih ingatkan anda semua kenyataan Menteri
Besar Kelantan????
Datuk Ahmad Yaakob berkenaan keputusan yang telah dibuat
sebelum ini untuk tidak menghantar wakil di dalam “HIMPUNAN GULINGKAN
KERAJAAN”? Beliau membuat kenyataan
tersebut sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat dewan harian pas kelantan
yang diadakan di bagunan pas jalan dato pati,kota bharu pada selasa lalu.
Menurut beliau, PAS Kelantan tidak bersetuju
dengan slogan Gulingkan Kerajaan dan disebabkan itu, beliau serta PAS Kelantan
bersetuju untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada 31
disember ini.
Menambahkan lagi sokongan kepada kenyataan
beliau,apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik
Abdullah turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Kelantan. Nik Amar
berkata sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara Arab Spring tidak
membawa kebaikan sebaliknya banyak keburukan kepada negara.
“Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah
membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di
negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia
dilakukan mengikut kaedah demokrasi,
Sejurus selepas Datuk Ahmad Yaakob
mengeluarkan kenyataan tersebut, kesan yang besar berlaku. Ekoran dari
kenyataan beliau, beberapa BAHAGIAN PAS KELANTAN yang sebelum ini merancang
untuk turun ke himpunan membatalkan niat tersebut.
NAMUN........
Sayangnya kenyataan tersebut hanya bertahan
dua hari. Kelmarin menerusi akaun facebook miliknya, Ahmad Yaakob membuat
pusingan 360 darjah apabila menarik semula keputusan untuk tidak menghantar
wakil ke Himpunan Gulingkan Kerajaan sebelum ini.
Beliau menambah himpunan yang bakal diadakan
adalah merupakan gerakan rakyat. “Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas
tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan
Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia
bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu
semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri,” ujarnya.
Banyak perkara yang aneh di pelbagai sudut
tentang isu ini apabila difikirkan secara mendalam. Ramai yang tidak faham
kenapakah Ahmad Yaakob tidak tetap pendirian (flip flop) tentang isu ini?
Sedangkan kenyataan beliau untuk tidak menghantar wakil telah mendapat seruan
baik oleh PAS Kelantan. Malahan mendapat pujian daripada penyokong-penyokong
UMNO/BN. Bukankah secara tidak langsung beliau mendapat mileage politik? Kenapa
beliau berubah fikiran dan membuat pusingan 360 darjah dengan menarik kenyataan
sebelum ini?
Tambah mengelirukan, kenapa Ahmad Yaakob
menyatakan sokongan terhadap perhimpunan tersebut hanya menggunakan medium
Facebook dan tidak menggunakan saluran media? Sedangkan semasa beliau menyatakan
tidak akan menghantar wakil ke himpunan tersebut,beliau menggunakan saluran
media rasmi.
Apakah keputusan ditukar secara tergesa gesa sehingga tidak sempat
untuk mengadakan sidang media?
Walau apa pun persepsi masyarakat tentang isu
ini,umum mengetahui di dalam PAS terdapat golongan kumpulan liberal yang
mendokong idealogi Anwar Ibrahim. Malahan golongan inilah yang menindas
golongan Ulamak di dalam PAS.
Melalui isu ini,
MAKA TERANG DAN JELASLAH BAHAWA
AHMAD YAAKOB ADALAH MANGSA MONOPOLI GOLONGAN LIBERAL ATAU ERDOGAN DI DALAM
PUCUK PIMPINAN PAS!!
No comments :
Post a Comment