Monday, 23 December 2013

.: PAKATAN RAKYAT HERO PEMBELA RAKYAT!! :.

Ketika rakyat jelata berkira-kira dan merancang untuk keluar menyambut sambutan ambang tahun baru pada malam 31 Disember ini, puak-puak Pakatan pula merancang dan bersiap sedia untik melakukan huru hara pada masa dan tempat yang sama. 

Kenapa pilih masa dan tempat yang sama? 
Pada pendapat penulis,ianya semata mata untuk mengaburi akan kekurangan sokongan rakyat pada himpunan seperti tersebut. Tidak mustahil nanti akan tersiar di akhbar dan media siber mereka akan kedatangan berpuluh malah beratus ribu penyokong mereka di himpunan tersebut sedangkan yang datang hanyalah rakyat biasa yang kebetulan berada di lokasi yang sama untuk menyambut ambang tahun baru
Kita sudah terbiasa dengan modus operandi pihak pembangkang. Dah cukup memahami dengan gerak kerja mereka yang selalu menggunakan apa saja cara untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan daripada rakyat. Bukankah sebelum ini sudah terbukti dalam himpunan anjuran pembangkang,mereka sanggup menggunakan warga emas dan kanak-kanak untuk meraih sokongan? Malahan yang lagi parah, golongan OKU juga digunakan mereka. Itu tidak termasuk golongan LGBT.
Namun bukan isu itu yang ingin diketengahkan oleh penulis. Apa yang menjadi persoalan pada penulis adalah tujuan asal perhimpunan diadakan.Penganjur mengatakan mereka menganjurkan perhimpunan ini adalah kerana rakyat tertindas dengan tindakan kerajaan menaikkan harga dan tarif.
Hari- hari mereka melalak,memaki hamun di media sosial mereka akan bebanan rakyat seperti GST,tarif elektrik,tambang LRT dan berbagai lagi. Pendek kata,apa saja kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat, mereka akan bangkang sekeras-kerasnya.


Namun timbul kehairanan,kenapa kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri mereka,tidak pula mereka bangkang? 
Malah sedaya upaya mereka untuk menutup isu tersebut. Sedia maklum,kenaikan lesen yang dikenakan oleh kerajaan negeri selangor sangatlah mendadak. Ada kenaikan sehingga 180%!! Tidakkah tindakan tersebut sangat mengejutkan? Malahan bagi penulis,tindakan tersebut adalah penindasan dan tekanan untuk rakyat selangor khususnya.

Namun di mana suara mereka ketika kenaikan ini berlaku? 
Kenapa mereka tidak mengajak rakyat khususnya rakyat selangor untuk mengadakan himpunan membantah kenaikan tersebut? Bukankah mereka bertindak untuk membela rakyat? Bukahkah mereka hero dalam membela rakyat? Menambah lagi kesinisan dalam isu ini, kenaikan tersebut berlaku selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor yang juga mendadak sehinggakan melebihi gaji Perdana Menteri!!??
Namun sebenarnya tiada yang menghairankan dalam isu tersebut. Tidak menimbul persoalan kenapa perkara ini berlaku. Sudah terbukti dengan isu – isu sebelum ini bahawa pembangkang tidak pernah bertindak untuk membela rakyat sebaliknya hanyalah berminat untuk bermain politik semata mata. Tindakan mereka hanyalah untuk meraih sokongan politik dengan bertindak sebagai HERO pembela nasib rakyat. 
Mereka hanya handal dalam menyalahkan UMNO/BN semata-mata. Selaras dengan slogan mereka. ASAL BUKAN UMNO (ABU)!!

No comments :

Post a Comment