Thursday 23 January 2014

Azmin VS Khalid. PAS Dapat Apa?



Tanyalah pada siapa yang mengikuti dunia politik di Malaysia. Umum semua mengetahui betapa panas keadaan politik di dalam negeri Selangor. Dua kes paling berpengaruh iaitu Azmin Ali dan Khalib Ibrahim saling berantakan. Walaupun berbagai penafian dibuat, hal sebesar ini manakan boleh ditutup pada pengetahuan rakyat. Ibarat bangkai gajah ditutup dengan sehelai daun. Hanya penyokong yang begitu taksub sahaja percaya alasan dan penafian dibuat pemimpin mereka kononya tiada pergolakkan dalam pemerintahan Selangor.

Semua sudah tahu betapa Azmin berkehendakkan jawatan Menteri Besar Selangor yang diduduki Khalid Ibrahim sekarang. Betapa Azmin kecewa kerana tidak terpilih menjadi Menteri Besar walaupun beliau orang kanan dan kepercayaan AnuWar Ibrahim.

Masih ingatkah insiden yang sangat kecoh di persada Malaysia dahulu yang melibatkan kamera rahsia yang diletak di dalam bilik Khalid Ibrahim? Sampai sekarang masih tiada jawapan angkara siapakah perbuatan itu. Sudah hampir 4 tahun perkara tersebut terjadi tapi masih tidak tahu hujung pangkal.


Tidak lama kemudian, terjadi pula peristiwa “aiskrim dalam tandas” melibatkan Azmin Ali dan seorang wanita muda. Gempar seluruh Negara apabila berlaku peristiwa tersebut. Seperti selalu, penafian terus dibuat walaupun bukti bergambar dikeluarkan. Tidak kurang pula penyokong pembangkang yang terus menunding jari ke arah UMNO dengan mengatakan semuanya adalah kerja UMNO.

Namun sekiranya difikirkan secara teliti dan jujur, tidakkah pelik mengatakan semuanya kerja dan perancangan UMNO? Bagaimana untuk UMNO masuk atau akses ke bilik pejabat Khalid Ibrahim? Bukahkah logic sekiranya mengatakan sesiapa yang meletakkan kamera di bilik Khalid Ibrahim adalah orang yang dipercayai atau dikenali oleh beliau? Lebih tepat lagi, orang dari parti PKR sendiri. Begitu juga dengan kes Azmin Ali. Bagaimana boleh orang UMNO memasuki rumah tersebut. Lebih menghairankan lagi, bagaimana orang UMNO boleh mengetahui yang Azmin Ali akan datang ke rumah itu untuk mendapatkan khidmat “aiskrim” daripada perempuan tersebut.
Keadaan makin panas sehingga kebelakangan ini.  November lalu, ketika Negeri Selangor bersidang, Faekah Husin yang diketahui begitu setia dengan Khalid Ibrahim berbalas tweet dengan Arfa Aziz, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar. Tweet yang berbunyi “Alif Zai Min Ya Nun – Sarkas “ jelas menunjukkan betapa beliau anti kepada Azmin Ali. Disebabkan perkara itulah, Azmin Ali bertekad untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim dengan apa cara sekalipun.

Namun Khalid Ibrahim bukanlah kecil anak orangnya. Pengalaman didalam politik yang meluas digunakan untuk menjatuhkan Azmin Ali secukupnya. Dikhabarkan beliau juga merancang untuk bertanding sebagai orang nombor dua parti iaitu jawatan Timbalan Presiden PKR yang dijawati oleh Azmin Ali sekarang.

Keadaan Azmin Ali semakin terancam dengan Khalid Ibrahim. Terbaru, dengan kuasa dan pengaruh yang ada, beliau memulakan langkah menyingkirkan Azmin Ali dan pengikut-pengikutnya daripada PKNS. Isu ini mendapat liputan meluas dan mencalarkan imej parti PKR apabila Khalid membuat tindakan drastic terbabit.

Namun jangan dilupakan keupayaan Azmin Ali. Beliau telah lama menjadi orang kepercayaan dan kesayangan AnuWar Ibrahim. Disebabkan itu, dikatakan sebelum ini apabila mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang dipengerusi AnuWar sendiri, satu solusi telah diambil iaitu mendesak agar Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Sudah tentu keadaan ini membimbangkan Nurul Izzah dan Wan Azizah yakni orang belakang Khalid Ibrahim. Difahamkan alasan kesihatan akan digunakan untuk mendesak Khalid berundur.

Namun, tanpa disedari PAS seolah olah berdiam diri dalam perkara ini. Malang sekali bagi PAS apabila mereka sebagai parti dominan di dalam Selangor dengan memenangi 15 kerusi pada PRU lalu hanya mampu ternganga sahaja melihat perebutan jawatan nombor satu di Selangor. Sepatutnya PAS lah yang layak bersuara di dalam kemelut ini. Semakin terserlah kehadiran PAS di dalam Selangor hanya dipandang enteng sahaja. 

PAS tetap “balaci” di dalam Pakatan Rakyat.


No comments :

Post a Comment