KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga pelakon dalam
klip video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ yang dikaitkan dengan Ahli
Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari ini tampil memberi keterangan di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata pada 10.30 pagi
ini pihak polis merekodkan keterangan dua orang pelakon lelaki yang
berusia 32 dan 36 tahun berhubung kes video itu.
“Pelakon wanita berusia 32 yang melakonkan watak “Mrs Jit” memberikan keterangannya jam 3 petang hari ini,” katanya kepada pemebrita di sini, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat mengikut
Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina
pemimpin negara.
“Ahli Parlimen Seputeh juga akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Dalam klip video berdurasi hampir 12
minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu
mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dengan mereka
telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin
negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Sementara itu, pelakon yang memegang
watak sebagai ‘Mrs Jit’ ketika ditemui pemberita mendakwa dia tidak tahu
yang watak dipegangnya menyerupai tingkah laku salah seorang isteri
pemimpin di negara ini.
“Skrip diperolehi oleh saya pada hari yang sama penerbitan video itu,” katanya.
Sementara lelaki yang memegang watak
sebagai ‘Master Yan Yan” pula berkata dia hanya memainkan watak yang
diberi kepadanya ketika klip video itu dirakamkan.
Ditanya bayaran yang diterimanya, lelaki berkenaan menjawab:
“You (pemberita) boleh bertanya kepada Teresa Kok mengenai bayaran, selebihnya saya tidak mahu komen”.
“You (pemberita) boleh bertanya kepada Teresa Kok mengenai bayaran, selebihnya saya tidak mahu komen”.
Bernama cuba mendapatkan keterangan
daripada seorang lagi pelakon yang memegang watak sebagai “Brother Wai”,
namun gagal selepas dia bergegas meninggalkan kawasan IPK dengan
menaiki kereta Honda City.
No comments :
Post a Comment