KUALA LUMPUR 12 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim
didakwa ada buat salah dalam kes liwat melibatkan pembantunya, Mohd.
Saiful Bukhari Azlan menyebabkan Ketua Pembangkang itu sentiasa
menggunakan pelbagai taktik bagi menangguhkan perbicaraan kes rayuan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada masa yang sama
yakin Anwar juga bimbang dengan kehebatan peguam yang mengetuai pasukan
pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyebabkan Ketua
Pembangkang cuba mengugurkan beliau.
"Sebenarnya Anwar nak lewatkan perbicaraan selama mungkin termasuk
membawa usul menggugurkan Muhammad Shafee kerana dia takut dibicara,
kerana dia ada buat salah. Jadi Anwar takut mahkamah akan jatuh hukum
menyebabkan beliau cari jalan tangguhkan.
"Tapi Anwar memang takut Muhammad Shafee. Beliau peguam yang menang
banyak kes rumit apabila jadi peguam bela. Saya fikir Anwar pun takut,"
katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Seminar dan
Forum Buku Perdana, di sini hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak Permohonan Anwar menggugurkan
Muhammad Shafee selepas panel lima hakim sebulat suara mendapati dakwaan
salah laku kononnya dilakukan peguam tersohor tersebut dalam sebuah
akuan bersumpah tidak boleh dibuktikan.
Namun, perbicaraan rayuan yang sepatutnya didengar hari ini terpaksa
ditangguhkan sekali lagi dan disebut semula pada 28 Februari depan
selepas pasukan peguam bela Anwar mahu memanggil semula bekas pegawai
polis Supritendan Jude Blacious Pereira.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, pengundi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kajang perlu memilih calon Barisan Nasional (BN) dan jangan
terpengaruh dengan pelbagai tuduhan serta fitnah yang dilemparkan pihak
pembangkang khususnya Anwar.
"Pakatan pembangkang tidak mungkin dapat beri khidmat terbaik untuk
rakyat. Kalau salah pilih hanya kerana terpengaruh dengan tuduhan palsu
atau disebabkan perasaan marah kepada BN, saya fikir rakyat akan rugi.
Jadi pengundi di Kajang mesti berhati-hati," katanya.
No comments :
Post a Comment