PUTRAJAYA 5 Feb. -Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan
tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri DUN Kajang pada 11 Mac depan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf turut mengumunkan 19 Mac sebagai tarikh pengundian awal dan 23 Mac sebagai tarikh pengundian biasa.
Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk 2012 digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama, Kedua dan Ketiga 2013 yang telah dikemas kini sehingga 26 Januari digunakan pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Sejumlah 38,297 orang pengundi akan terlibat dalam PRK DUN Kajang yang terdiri dari 38,055 pengundi biasa, 1,197 pengundi awal dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara," kata Abdul Aziz.
Abdul Aziz bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Kajang di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, Kompleks Sukan MPKJ Bandar Baru Bangi akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
Sebanyak 18 pusat pengundian akan dibuka dengan 673 orang petugas pilihan raya dilantik untuk proses pengundian.
Sementara, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya.
Abdul Aziz berkata, PRK DUN Kajang menelan kos RM1.6 juta.
DUN Kajang kosong berikutan perletakkan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut akan bertanding mengantikan Chin Cheh bagi kerusi tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu, Chin Cheh menewaskan calon BN, Lee Ban Seng dan tiga calon lain dengan majoriti 6,824 undi.-UTUSAN ONLINE

No comments :
Post a Comment