KOTA BELUD, 16 Feb (Bernama) -- Semua pihak harus bersabar menunggu
keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada mahu meletakkan
calon atau tidak pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang bulan depan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal.
Beliau berkata BN sentiasa bersiap siaga untuk bertanding di kawasan DUN Selangor itu.
"Kita harus tunggu dan kita yakin pucuk pimpinan akan membuat keputusan (terbaik)," katanya kepada pemberita di Kota Belud, Ahad.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian BN sama ada bertanding atau tidak di kerusi DUN Kajang yang dikosongkan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Sabtu mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata SPR harus menambahbaik peraturannya termasuk mengenakan hukuman berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah dan langkah itu juga untuk mengelak pembaziran.
Namun, katanya sebagai negara demokrasi, tiada halangan untuk mana-mana wakil rakyat meletak jawatan sekiranya atas alasan kukuh seperti masalah kesihatan.
--BERNAMA

No comments :
Post a Comment