Wednesday 26 February 2014

SAMAN RM 2 JUTA : NILAI WANG ATAU NILAI MARUAH







Maka kecohlah sekarang apabila Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) dikenakan tindakan saman RM 2 juta oleh rakan seperjuangan TAHALUF SIYASI nya sendiri yakni ahli PKR, Mohd Syamsul Bin Mat Amin, calon Adun PKR Dun Sungai Besi, Terengganu. Heboh di media siber politik berkaitan isu ini. Di blog pro PAS,mereka mengatakan bahawa tindakan itu tidak adil. Mereka juga berkata PKR tidak pandai mengurus ahlinya. Di belah blog pro PKR pula, mereka bersorak kegembiraan apabila Presiden PAS dikenakan membayar RM 2 juta oleh pihak mahkamah. Manakala bagi penyokong Umno pula, senario ini sangatlah jarang terjadi. Pergaduhan di dalam sesama kem parti sangat jarang kedengaran oleh umum.



Isu ini juga menjalar di mana mana tempat. Di kedai kopi, di masjid, tempat kerja hatta di kedai mamak sekalipun. Rata rata pada pendapat penyokong PAS, isu ini bukanlah kerana jumlah RM 2 juta yang dikenakan kepada President PAS tersebut. RM 2 juta adalah jumlah yang kecil sebenarnya. Malahan kalau saman RM 200 juta sekalipun, tiada masalah untuk PAS membayar.Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar sendiri mengatakan RM 2 juta itu bukan besar mana pun. Harus diingat PAS bukanlah parti picisan. PAS bukan cikai. Jauh sekali marhein dan papa.


Kalau Mahfuz Omar tidak beritahu sekalipun, orang ramai tahu betapa PAS mempunyai kewangan kukuh. Lihat saja tabung sumbangan selama ini. Hampir setiap malam bergerak diserata ceruk Malaysia. Ada sesiapa yang mengaudit berapa banyak hasil sumbangan yang diterima? Tiada! Malahan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah (sebelum ini) sudah tentu memberi pulangan yang besar pada PAS. Jika ada seruan supaya memberi sumpangan pada parti, sudah tentu satu Malaysia penyokong PAS akan memberi derma menjadikan RM 2 juta seolah RM 2. Apatah lagi kedenganran bahawa terdapat VVIP dari UMNO sendiri yang sedia memberi sumbangan kepada Tuan Guru Haji Hadi atas dasar simpati.


Namun bagi penyokong dan ahli PAS, isu ini bukanlah berkaitan dengan jumlah saman tersebut. Tapi ianya berkaitan dengan MARUAH. Presiden PAS mewakili parti PAS itu sendiri. Kalau Presiden PAS disaman oleh Presiden Parti lain, sudah tentu tidak pelik. Namun bila disaman oleh sesama rakan TAHALUF SIYASI,sudah tentu innya menjadi bahan gelak masyarakat. Sudahlah kena saman FITNAH, isunya pula berkenaan PIL KUDA. Isu yang sepatutnya menjadi siasatan polis. Bukan menjadi modal di pentas politik. Namun kesalahan bukan terletak di bahu Haji Hadi semata mata. Tindakan ahli ahli PAS yang enggan melaporkan kepada pihak polis berkenaan isu pil kuda ini walaupun Haji Hadi mengatakan PAS mempunyai bukti lengkap, jelas menunjukkan betapa cetek akal fikiran mereka. 

Harus di ingat, PAS dan PKR berada di bawah TAHALUF SIYASI Pakatan Rakyat. Pucuk pimpinan boleh berlakon di hadapan penyokong betapa mereka menyanjung idea Tahaluf Siyasi tersebut, tetapi tidak dapat dinafikan betapa bergolaknya krisis dalaman di antara mereka. Kedudukan PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat seolah air dan minyak. Mustahil untuk bersatu. 


Selama ini PKR memang sudah menjadi barah dan bisul kepada PAS. Asal usul penubuhan parti PKR yang merupakan penyokong Umno selama ini, jelas bertentangan dengan penyokong PAS yang konsisten menentang Umno sejak berpuluh tahun lamanya. Pada PRU 13, jelas betapa rapuhnya persefahaman dan tolak ansur sesama parti di bawah pakatan rakyat. Isu pembahagian kerusi di antara PAS dan PKR menjadi hangat. Bertolak ansur dari itulah, isu ini melarat sampailah Haji Hadi disaman RM 2 juta oleh calon Adun PKR terbabit.

Lihat sahaja apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada LGBT dan pemurtadan umat Islam, PAS menjadi sasaran kemarahan rakyat sehingga negeri Kedah yang dirampas mereka pada tahun 2008, jatuh kembali kepada Umno. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen PAS yang bertukar tangan kepada UMNO.

Seperti yang dikatakan di atas, PAS mungkin tiada masalah untuk membayar RM 2 juta tersebut. Namun maruah partinya sudah tercalar teruk kali ini. Rata rata penyokong mereka mengatakan bahawa tidak berpuas hati berkenaan isu ini. Ini akan menjadi cabaran kepada Pakatan Rakyat kerana PRK Kajang makin menghampiri. Harus dingat bahawa populasi Melayu di Kajang besar. Walaupun bangsa Cina berjumlah 40%, namun majoriti Melayu di Kajang menyokong PAS. 




Sehingga kini, masih tiada komen berkenaan isu ini daripada pucuk pimpinan DAP. Mungkin penyokong PAS hanya dapat bermimpi untuk melihat pucuk pimpinan parti mereka bertindak tegas dalam hal ini. Selama ini terdapat banyak bukti dan peristiwa apabila melibatkan perselisihan faham diantara parti di bawah pakatan rakyat, PAS lah yang akan dipinggirkan. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat dilihat begitu hina dan tiada kuasa untuk bersuara. Melainkan menjadi budak belasan sahaja.


No comments :

Post a Comment