Thursday 6 March 2014

ADUN Seberang Jaya Perlu Cerminkan Intelektual Yang Dimilikinya




Sejauh mana kebenaran PKR dan penjenayah berpisah tiada???

Mungkin ungkapan ini sedikit berbaur provokasi, namun hakikatnya jika dilihat dari apa yang tersurat dan tersirat, PKR sangat condong sokongannya kepada penjenayah berbanding polis.

Trend ini bukanlah baru, beberapa pemimpin PKR dan DAP sering sahaja memperlekehkan dan mempolitikkan situasi dan keadaan yang melibatkan ketenteraman awam dan pihak Polis.

Kenyataan di laman Twitter milik ADUN Seberang Jaya, YB Dr. Afif Bahardin yang dibuat pada 4 Mac 2014 secara tidak langsung merujuk kepada insiden yang meragut nyawa Kpl Raja Aizam Raja Mohd di Taman Sentosa Klang baru-baru ini. Malangnya, tiada langsung sifat kemanusiaan, jauh sekali penghargaan kepada pengorbanan anggota polis yang saban hari memperjudikan nasib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Lebih memilukan, kenyataan seperti ini pula mendapat sokongan sesetengah pihak, dengan mengatakan bahawa sudah menjadi tugas dan risiko polis kerana mereka dibayar gaji. Persoalannya, berapa ramaikah di kalangan mereka yang sanggup mengambil amanah dan tanggungjawab serta berdepan risiko sebagai anggota polis?

Tidak kurang pula yang menyokong kenyataan ADUN Seberang Jaya ini atas alasan mereka yang membayar cukai, sekaligus mendakwa hasil itulah yang membayar gaji anggota polis.

Apakah hanya kerana membayar cukai, maka tiada langsung sifat ihsan lantas menyinggung sensitiviti pihak lain?

Nilai-nilai murni yang menjadi pegangan orang Timur kian sirna akibat dari fahaman politik yang dibawa oleh PKR. Apatah lagi dengan status “doktor” yang dimilikinya, kemampuan YB Dr. Afif dalam hubungan sesama insan sangat mendukacitakan.

Itu cerminan sikap seorang pemimpin dari parti yang mendakwa berjiwa rakyat.

Dan tentunya penulis bersedia dilabel sebagai memutarbelitkan kenyataan sebenar. Anda sendiri sedia maklum, itulah modus operandi mereka apabila tersepit gara-gara mempolitikkan segala hal. Dan anda sendiri dapat membaca kenyataan Twitter seperti di atas.

Fikirkan sejenak, apakah yang berlaku jika sekiranya seorang pemimpin BN mengatakan “Harga ayam naik tidak menghairankan, tetapi bila rakyat yang ada kuasa membeli masih terus membeli ayam, itu masalah”

Waima ada kebenarannya dari segi hukum ekonomi “supply and demand”, tetapi itu bukan kenyataan yang rakyat mahukan dari seorang yang berstatus pemimpin.

Begitulah yang terjadi kepada YB Dr. Afif Bahardin, kerana pulut santan binasa. Waima mahukan perhatian, atau tidak mampu menahan gelodak nafsu ingin berkuasa, simpanlah sedikit nilai-nilai kemanusiaan untuk digunakan pada saat-saat seperti ini.

Demi rakyat.

No comments :

Post a Comment