Tuesday, 15 April 2014
PLURALISME AGAMA
Kenyataan seorang Ahli Parlimen daripada DAP yang mahu kerajaan supaya mewujudkan undang-undang membenarkan pasangan berlainan agama berkahwin untuk mengelakkan daripada bersekedudukan dianggap sangat bahaya oleh Datuk Seri Noh Omar.
sila tonton : http://www.youtube.com/watch?v=OVbB8vXV4Ao
Labels:
AGAMA
,
BERKAHWIN
,
DAP
,
Datuk Seri Noh Omar
,
NGEH KO HAM
,
PLURALISME AGAMA
Monday, 14 April 2014
'Saya bukan pak turut'
ALOR SETAR 13 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan khidmat beliau sebagai pemimpin parti itu.
Abdul Khalid berkata, pemimpin seperti beliau iaitu bukan dalam kalangan pak turut perlu demi keseimbangan parti itu.
Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengakui ada kalanya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat penasihat parti itu dalam kepimpinan parti.
Saya tidak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia (Anwar) nampak saya dengar cakapnya. Ada juga cadangannya saya tolak dan ada juga saya terima. Jadi mesti ada orang bersama pemimpin yang boleh dibawa berbincang. Bukan menjadi pak turut, itu perlu ada dalam parti," katanya di sini hari ini.
Pertandingan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan menyaksikan penyandang, Azmin Ali dicabar Abdul Khalid, Datuk Saifuddin Nasution dan Datuk L. Ramachandran.
Bagi jawatan Presiden, penyandangnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berhadapan dengan Anwar yang juga suaminya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid turut menyanggah kenyataan Azmin bahawa parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Anwar.
Apa yang saya kata, gandingan bersama Anwar perlu ada, namun jika ada yang perlu berubah adalah jangan ada pemimpin pak turutdalam parti," katanya.
Labels:
Anwar Ibrahim
,
i'm not pak turut
,
khalid ibrahim
,
Menteri Besar Selangor
,
prk
Wujudkan Blue Wave Army lawan fitnah jahat RBA
![]() |
Ahmad Maslan (depan, tengah) beramah mesra dengan ahli UMNO Cheras sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (belakang, tengah) pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan.
Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab. Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun.
Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA)," katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil dalam mengaplikasikan perisian GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015.
Kita bantu RM1,000 kepada setiap PKS yang mana mereka boleh dituntut semula melalui rebat. Ada 55 syarikat pengedar dan akan ditambah dari masa ke semasa.
Perisian berkenaan bertujuan memastikan sistem perakaunan semua pihak tepat dan memudahkan urusan perniagaan," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam melaksanakan GST pada tahun depan meskipun terdapat suara-suara sumbang daripada pihak pembangkang yang mendesak agar ditangguhkan.
Jelas beliau, semua pihak mempunyai masa untuk bersedia selama 11 bulan yang dilihat mencukupi sebelum pelaksanaannya tahun depan.
Kita tidak akan tangguh sebab kita sudah tangguh sejak tahun 1988, 1993, 2004, 2009 dan 2013 kita beri masa yang panjang untuk GST dilaksanakan pada 1 April 2015," katanya.
Labels:
Blue Wave Army
,
BN
,
BWA
,
Datuk Ahmad Maslan
,
RBA
,
UMNO
Pas tetap bentang hukum hudud
KOTA BHARU 13 April - Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.
Pendirian tegas itu dinyatakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang turut memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu.
Tegas beliau, keputusan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak akan berganjak walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.
Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
Perkara itu (hudud) tidak ada kena mengena dengan pihak lain (DAP dan PKR) kerana ia akan dilaksanakan di Kelantan dan langsung tidak menyentuh kebebasan bukan Islam.
Tiada pihak yang perlu bimbang. Undang-undang ini hanya untuk umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Pendirian itu bagaimanapun mendapat bantahan Pas, apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dengan tegasnya menyifatkan PKR dan DAP tidak berhak menghalang hasrat parti itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.
Sebaliknya kata Mohd. Nassuruddin, kedua-dua parti tersebut sepatutnya menyedari pelaksanaan hudud adalah hak orang Islam yang tidak wajar dicampuri pihak lain terutamanya bukan Islam.
Sebelum itu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
Sementara itu, tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan pendirian Pas itu sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah.
Kalau semua pihak boleh hormat demokrasi ia (hudud) tidak akan menjadi masalah," katanya.
Labels:
DAP
,
hukum hudud
,
Kelantan
,
pas
,
PKR
Tuesday, 8 April 2014
Penjualan tanah Canal City di Kuala Langat meragukan.
Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.
1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar kepada Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.
2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.
3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:
a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.
b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.
c- Baki RM458.26 juta adalah 5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.
3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.
4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.
5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.
6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.
7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.
8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Labels:
canal city
,
kuala langat
,
tanah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)




