LIM Kit Siang
Malam seakan dapat daging khinzir percuma bila mendapat tahu
kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan
pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpengkalan di Perancis,
semakin merosot.
Gembiranya Kit Siang bila melihat
kedudukan Malaysia dibawah negara-negara yang jauh lebih mundur seperti
Mynmar, Bangladesh dan sebagainya, yang mana pada pemahamannya
menunjukkan media di Malaysia ini tersekat kebebasannya.
Penulis sebetulnya boleh saja mempertikaikan apa kredebiliti yang RSF ini ada untuk menilai kebebasan media di Malaysia sebegitu, apa pendekatan
yang digunakan dan berapa kali sudah
mereka datang kesini mendapatkan maklumat sebenar
tentang kebebasan media yang diamalkan disini.
Tapi itu nampaknya terlalu mudah,
lebih kepada gaya yang sering digunakan pembangkang dan penulis tidak
mahu letak diri ini serendah itu dari segi taraf.
Penulis katakan, yang bagi
indeks itu menurun ialah pembangkang juga, terutama PKR dan DAP yang
terlalu banyak menyaman wartawan dan organisasi media yang tidak sebulu
dengan pendirian politik masing-masing.
Tanya Anwar Ibrahim, tanya Guan Eng
dan ramai lagi pemimpin pembangkang,dah berapa kali mereka saman organsasi media di Malaysia?
Banyak sangat tu, sampai tak dan nak kira.
Diantara mereka, Anwarlah paling jaguh
tu, jangan bergegar sikit saja kantung telurnya tu bila baca
laporan media, nescaya disamanlah organisasi berita yang berkenaan,
terutama sekali Utusan dan TV3.
Adakah di negara Mynmar berlaku keadaan
seperti di Malaysia bila pembangkang tidak ada kerja lain selain
menyaman media yang menyiarkan berita tentang keburukan mereka? Dah memang buruk, siar buruklah, takkan buruk siar baik pulak, nanti dikatakan spin berita.
Jadi apa yang Kit
Siang banggakan bila indeks tersebut jatuh kerana mereka jugalah
puncanya. Kalau tak sebab tindakan pemimpin pembangkang yang dijelaskan
di atas, kebebasan media di negara ini, terutama media sosial,
memang begitu ’mewah’ sekali.
Rakyat dan wartawan Singapura umpamanya,
cukup cemburu dengan kebebasan media Malaysia. Di negara kecil itu,
sudahlah organisasi medianya dikawal kerajaan, nak jadi blogger
macam penulis ini pun kena daftar dengan kerajaan negara tersebut. Bandingkan dengan di Malaysia.
Oh ya, cakap pasal itu, dimana
kedudukan Singapura yang dikeluarkan RSF? Malaslah nak ambil tahu, yang
nyata, kalau lebih baik dari Malaysia, confirm ada yang
tak kena di mana-mana.
sumber - http://www.mykmu.net
No comments :
Post a Comment