![]() |
Robert Phang |
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Timbalan Presiden MCA,
Datuk Dr. Wee Ka Siong seharusnya menawarkan diri sebagai calon Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang kerana beliau adalah pemimpin 'paling sesuai' untuk mencabar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi berkenaan.
Aktivis sosial, Tan Sri Robert Phang berkata, Ka Siong boleh dianggap sebagai calon heavyweight dan
seorang pemimpin MCA Pusat yang pernah membantu membina semula sebuah
sekolah jenis kebangsaan Cina di Kajang semasa berkhidmat dalam
kerajaan.
"Sesungguhnya beliau mempunyai peluang lebih baik untuk menang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh
daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari
lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK DUN
Kajang pada 11 Mac diikuti dengan hari pengundian 23 Mac ini.
Dua nama yang disebut-sebut disenarai pendek oleh MCA untuk
dipertimbangkan BN sebagai calon parti itu ialah Naib Presiden MCA,
Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Chong Sin Woon.
Phang berkata, Ka Siong telah membuktikan sumbangannya terhadap
pendidikan masyarakat Cina dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu
hanya perlu meraih sokongan lebih ramai pengundi kaum berkenaan dalam
PRK tersebut.
No comments :
Post a Comment