KUALA LUMPUR 10 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menunjukkan contoh teladan terbaik sebagai
pemimpin politik dengan menghormati undang-undang iaitu tidak berkempen
sebelum tarikh penamaan calon.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, Anwar sebenarnya telah berulang kali dinasihatkan agar
mematuhi undang-undang pilihan raya, namun perkara itu tidak diendahkan
Ketua Pembangkang.
Katanya, meskipun jelas tindakan Anwar berkempen lebih awal menyalahi
undang-undang terutama Akta Perhimpunan Aman 2012, SPR tidak mempunyai
kuasa untuk bertindak kerana perkara itu di bawah bidang kuasa pihak
polis.
"SPR hanya berkuasa urus kempen pilihan raya bermula dari tarikh
penamaan calon pada 11 Mac hingga malam 23 Mac nanti sahaja. Jika
kesalahan dibuat sebelum tarikh itu, ini adalah bidang kuasa polis di
bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kita ada undang-undang patuhilah. Lebih-lebih lagi kita pemimpin
politik. Kalau hendak buat ceramah politik minta permit daripada polis
terlebih dahulu dan jangan kempen sebelum tarikh," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
No comments :
Post a Comment