NUSAJAYA 13 Feb. - Kira-kira 20,000 penjawat awam di Johor boleh
tersenyum lebar apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan Skim
Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah kepada
mereka, berkuat kuasa 1 Mac ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor
Bersama Pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor di Kota
Iskandar di sini hari ini.
Melalui skim itu, kata Mohamed Khaled, kadar faedah sebanyak empat
peratus bagi pinjaman perumahan golongan tersebut akan dihapuskan.
"Langkah ini adalah inovasi yang diambil kerajaan negeri yang peka dengan masalah rakyat.
"Bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong daripada gaji
bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei
manakala bayaran balik akan dilakukan mengikut jadual baru skim ini
pada Mei atau Jun nanti," katanya.
No comments :
Post a Comment