KUALA LUMPUR 10 Feb. - Tindakan mengugut Ahli
Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan hanya kerana bekas
sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengetahui kisah silam Ketua
Pembangkang dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin, merupakan bukti
budaya politik samseng menjadi amalan pembangkang.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim
berkata, amalan politik samseng dipraktikkan pembangkang adalah sesuatu
yang tidak boleh diterima kerana Nallakaruppan hanya sekadar menjalankan
tugas sebagai rakyat bagi mendedahkan belang sebenar tahap moral Anwar
kepada orang ramai.
Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:
- Tindakan untuk ugut dan ganggu Datuk Seri S. Nallakaruppan adalah satu amalan politik samseng yang tidak boleh diterima. Ternyata penyokong Anwar betul-betul takut dengan Nallakaruppan yang mendakwa bahawa beliau akan cerita rahsia hitam Anwar dan isteri Azmin, iaitu Shamsidar.
- Kita tidak hairan apabila difahamkam bahawa Azmin tidak mahu Nallakaruppan menceritakan perihal Shamsidar dan Anwar di Kajang nanti. Bagi parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka mahu rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan menjadi tumpuan utama dan bukannya cerita Shamsidar. Sudah pasti jika Nallakaruppan menceritakan perihal Shamsidar, ia akan menjadi beban besar kepada Anwar dan Azmin.
- Saya akan hairan mengapa pemimpin Barisan Nasional (BN) segan atau takut mahu cakap pasal masalah moral Anwar. Rakyat mahu tahu dan perlu tahu semua isu-isu moral mengenai Anwar. Sebenarnya pihak yang tangkis atau menyatakan isu moral adalah cerita basi dan tidak relevan adalah media yang ditaja Anwar. Kita jangan terpedaya dengan muslihat Anwar.
No comments :
Post a Comment