KUALA LUMPUR 9 Feb. - 'Projek Kajang' yang
didakwa dijalankan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pintu kemusnahan
bagi pakatan pembangkang.
Seorang ulama Pas, Dr. Mohd. Abd. Rahman Kajani berkata, perkara itu
memandangkan PKR yang sebelum ini membuat keputusan sendiri bagi
mewajarkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang
telah membelakangi konsep musyawarah dan muafakat yang sepatut menjadi
amalan semua parti pakatan pembangkang.
"Tidakkah keputusan ini dan sebegini bersifat sebelah pihak dan jahat
dengan mengabaikan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat? Adakah Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar mewakili PKR atau mewakili
pembangkang?
"Cara bertindak sebegini dalam membuat keputusan besar bakal
menghancurkan Pakatan Rakyat jika mendapat kuasa lebih besar lagi iaitu
Putrajaya," katanya melalui laman sosial pro-ulama Pas, Eh-Haraki
baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd. menegaskan, tindakan pasukan pemikir Anwar
dalam PKR iaitu Rafizi Ramli, Abdul Rahim Ghouse dan Saifudin Nasution
yang mengemukakan idea perletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh bagi
memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga
penuh dengan tanda tanya.
"Tidakkah tindakan tersebut merupakan satu cara membuat keputusan
yang sangat bahaya untuk kemajuan pembangkang dan apakah cukup otak
untuk empat orang berfikir untuk satu keputusan yang besar?
"Tidakkah suatu yang merosakkan organisasi apabila cara membuat
keputusan sebegini menjadi amalan. Terpaksa mengiyakan satu kesilapan.
Tidakkah mereka pemimpin yang perlu memimpin bukannya dipimpin,"
soalnya.
No comments :
Post a Comment