KUCHING 12 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin hadir mempengerusikan perjumpaan khas bersama
presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di sebuah hotel di
sini malam ini.
Perjumpaan yang diadakan secara tertutup itu dipercayai bagi
membincangkan mengenai isu peralihan kuasa di Sarawak ekoran peletakan
jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri dan pengumuman
Tan Sri Adenan Satem sebagai penggantinya.
Yang hadir dalam pertemuan dan perbincangan itu ialah tiga presiden
parti komponen BN Sarawak iaitu Abdul Taib selaku Presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB); Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri
James Jemut Masing; Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP),
Tan Sri William Mawan Ikom manakala Parti Bersatu Rakyat Sarawak
diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Prof. Dr. Sim Kui Hian serta
Setiausaha BN Sarawak, Datuk Stephen Rundi Utom.
No comments :
Post a Comment