SHAH ALAM 11 Feb. - Tindakan Pas menawarkan kawalan keselamatan
kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sukarelawan dari Unit
Amalnya jelas menunjukkan parti itu rela menjadi 'pak sanggup' kepada
DAP.
Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris), Mohd. Khairul Azam Abdul
Aziz berkata, perkara itu juga memperlihatkan Pas terlalu bergantung
kepada DAP untuk memastikan kelangsungan politiknya.
"Apa yang ditawarkan oleh Pas itu tidak salah di sisi undang-undang,
namun dari sudut politik memperlihatkan pergantungan Pas kepada DAP.
"Saya tertanya-tanya sama ada DAP akan bermati-matian mempertahankan Pas jika berlaku perkara sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesediaan Pas menyediakan pengawal peribadi untuk
melindungi Teresa yang mendakwa menerima ancaman berikutan klip video, ONEderful Malaysia CNY 2014.
Lim Guan Eng yang jawatan Setiausaha Agung DAP belum disahkan
baru-baru ini dilaporkan berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
bersetuju untuk menggerakkan sukarelawan Unit Amal Pas sebagai pengawal
peribadi kepada Teresa.
Teresa menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mewakili kaum Cina kerana menghasilkan klip video selama
11 minit 39 saat yang turut memuatkan sindiran dan fitnah berhubung
krisis keselamatan di Sabah serta mengaitkannya dengan isu diplomatik
yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.
Mohd. Khairul Azam memberitahu, Teresa seharusnya menerima hakikat
bahawa diri sendiri menjadi punca berlaku ancaman sedemikian.
"Teresa tidak sepatutnya memperbesar-besarkan perkara tersebut semata-mata mahu meraih sokongan politik," katanya.
No comments :
Post a Comment