Showing posts with label gereja. Show all posts
Showing posts with label gereja. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

SITI KASIM MURTAD? PENYOKONG COMANGO DAN LGBT

Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.


Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.



Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.


Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.

Memahami lanjut perkaitan, Comango, LGBT, Kristian dan Anwar sila baca, “Membuka Tabir COMANGO“, “Laporan Khas : Dokongan Pakatan Faktor Kebangkitan COMANGO,” dan “Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan.”

Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.

Sebelum itu, Nurul Izzah turut ditanya soalan tentang hak-hak LGBT.



Soalan Siti Kasim :

Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.

Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.

Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.

Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.

Jawapan Nurul Izzah :

Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.

Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.

Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.

Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.

Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.

Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam mana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.

Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.

Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.

Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.

Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.

Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.

Tetapi…

ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.

Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, “Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu.” Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.

Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.

Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.

Monday, 17 February 2014

PAS GAGAL MENGEMBANGKAN ISLAM DI SELANGOR! ANWAR IBRAHIM MUNJUL MENJADI JAGUH ISLAM


Setelah dikecam dikiri kanan, atas bawah oleh para blogger Pro Kerajaan atas tindakan beliau menyampaikan ceramah di gereja di Kajang, kenyataan baru Anwar untuk berselindung akan isu itu tersangatlah melucukan. Malah tidak salah kalau dikatakan keanak,anakan dan tidak profesional.

Anwar Ibrahim yang dikatakan calon dari Parti Keadilan Rakyat untuk PRK N25 Dun Kajang telah mengumumkan bahawa mengimarahkan masjid adalah agenda beliau sekiranya memenangi pilihanraya tersebut pada 23 MAC depan. Anwar dikatakan mengumumkan perkara tersebut di dalam program "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti,Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang,lapor Malaysiakini.com.



“Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam,”
katanya.

Selangor di bawah pakatan rakyat sejak daripada 2008. Hampir lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tidak cukup Islamkah di selangor? Bukankah PAS sebahagian daripada kerajaan di Selangor? Kenapa serahkan urusan dakwah dan Islam kepada Anwar Ibrahim? Sudah gagalkah PAS di sana?



Tengok saja kenyataan Khalid Samad daripada PAS.Bukankah itu bukti bahawa hanya PAS sahaja yang paling arif tentang selok belok Islam? Selama ini pun, PAS mendabik dada bahwa merekalah jaguh di dalam urusan ISLAM sampai layak bagi mereka menjatuhkan KAFIR dan menentukan SYURGA dan NERAKA orang Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim kali ini seolah olah merendahkan martabat PAS didalam Pakatan Rakyat.

Lagipun, layakkah Anwar menjadi jaguh dalam hal ini? Lihat sajalah track record beliau selama ini. Berbagai kes sosial melibatkan beliau. Video seks, kes liwat di mahkamah, kenyataan bohong tentang 16 September, penipuan Bangladesh dan Blackout. Belbagai bagai lagi isu dikaitkan dengan beliau. Jadi layakkah beliau menjadi jaguh dalam Islam? Lihat sahaja ceramah ceramah beliau. Caci maki menjadi kewajiban beliau.

Sejak pengumuman pilihan raya kecil DUN Kajang ini, Anwar Ibrahim sentiasa memberi jawapan yang berbeza mengapa beliau mahu bertanding. Daripada untuk membantu Khalid Ibrahim, kepada menggantikan Khalid Ibrahim sehinggalah kepada kononnya langkah awal menawan Putrajaya. Dan didalam gereja pula Anwar Ibrahim menggunakan alasan agama untuk membenarkan tindakan beliau.

Jadi bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak sama sekali berpura pura menjadi jaguh dalam memperjuangkan Islam. Dan terbuktilah selama ini bahawa PAS juga telah berbohong tentang kejayaan mereka mengembangkan Islam di Selangor padahal Anwar sendiri menyatakan dialah yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Kajang.Bukan PAS!