Tuesday, 18 February 2014

PORTAL 'THE MALAYSIAN INSIDER' TIDAK BOLEH DIPERCAYAI


Portal Malaysian Kini menyiarkan berita panjang lebar mengenai ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke sebuah gereja di Kajang, semalam. Tajuk beritanya cukup terus terang, “Anwar impresses congregation during visit to Holy Family church in Kajang” (Anwar mengkagumkan jemaah semasa lawatan ke gereja Holy Family di Kajang).

Laporan itu berjaya mempotretkan Anwar sebagai pemimpin Melayu yang begitu sederhana, fleksibel dan ambil berat tentang kebingungan orang Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam – isu sensitif yang masih mewarnai landskap politik Malaysia sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Berita itu pula hanya disiarkan dalam versi bahasa Inggeris manakala ruangan versi bahasa Melayu sekadar dikupas secara umum dengan tajuk “Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar.”

Bagaimana editor The Malaysian Insider berhati-hati memilih tajuk dan menentukan berita apa yang patut disiar kepada pembaca versi bahasa Melayu, begitu jugalah waspadanya Anwar menyusun bait-bait ucapannya di hadapan 1,200 penganut Kristian yang hadir pada majlis tersebut.

Anwar sedar, sebahagian audiens pada majlis itu bukan sahaja akan turun sebagai pengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang ditandinginginya pada 23 Mac nanti, lebih penting, beliau mesti menjadikan majlis tersebut untuk mencerna kesangsian audiens terhadap musuh politiknya – UMNO/Barisan Nasional.

Dari satu segi, Penasihat PKR itu melakukan satu perkara yang pemimpin Barisan Nasional (BN) jarang lakukan sejak sekian lama – bertemu rakyat Malaysia di luar komuniti sendiri. Anwar mahu mempotretkan imej dirinya sebagai pemimpin untuk semua lapisan masyarakat, bukannya hanya kaum dan agamanya sendiri.

Cara bersahaja dan sesekali meninggikan suara bagi membakar perasaan audiens, motif kehadiran Anwar di gereja sebenarnya sudah boleh diteka. Di sebalik kemarahan umum ekoran tindakan partinya mengosongkan kerusi DUN Kajang untuk memberi laluan kepadanya bertanding, beliau berusaha membina kepercayaan bahawa pilihan raya itu terpaksa atau mesti diadakan kerana BN memainkan isu agama dan perkauman.

Seperti pernah ditegaskan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, DUN Kajang mesti dilakukan bagi mengekang usaha UMNO untuk “mendaruratkan” Selangor dan merampas negeri itu daripada PR – alasan yang disambut sinis ramai pihak termasuk sekutu PKR sendiri.

“Apabila saya bertanya seorang ulama antarabangsa mengenainya (isu kalimah Allah).

“Saya memberitahunya ia (isu kalimah Allah) adalah persoalan oleh UMNO, jadi dia menjelaskan bahawa umat Islam sembahyang lima kali sehari:” Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan langit dan bumi.

“Jadi, jika Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam semesta, bagaimana boleh ada batasan?” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider pada majlis itu.

Lebih mengejutkan, Anwar menyakinkan audiens di gereja bahawa isu kalimah Allah bukan soal keimanan atau kepercayaan – kenyataan yang tidak pernah diucapkan beliau apabila berucap di hadapan orang Melayu sebelum ini.

Namun, Anwar susuli kenyataan keras itu dengan kata-kata selamat: “Kalau ia mengenai keimanan, maka pendirian mereka (UMNO) mesti menyeluruh. Tetapi dalam kes ini mereka mengatakan Sabah dan Sarawak boleh menggunakan perkataan itu (Allah) tetapi tidak di Semenanjung,” kata Anwar dan disambut sorakan kuat audiens.

Mungkin sorakan itulah yang dimaksudkan The Malaysian Insider apabila meletakkan tajuk “Anwar impresses congregation during visit to Holy Family church in Kajang.”

Persoalannya, kalau Anwar mempersoalkan pendirian bulat pemerintah dalam isu kalimah Allah, apa pula pendirian Pakatan Rakyat? Bukankah itu isu pokok yang sepatutnya dijelaskan oleh beliau dalam majlis tersebut? Jika itu penjelasan itu yang dimahukan oleh 1,200 penganut Kristian pada majlis itu, mereka tentunya kecewa.

Ironinya, Anwar hadir ke gereja itu tanpa kelibat pemimpin Pas – parti sekutu PR yang akhir-akhir ini menampakkan sisi berbeza dalam isu kalimah Allah walaupun pada kempen PRU-13 mengambil pendirian bersama untuk menyokong saranan DAP supaya kalimah itu dibenarkan digunakan oleh bukan Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini dilaporkan membuat ‘pusingan U’ apabila menyatakan bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam sekaligus memberi tamparan hebat kepada Anwar dan kepimpinan DAP. Rata-rata pemimpin Pas yang lain lebih gemar menutup mulut.

Namun, perkara itu tidak disebut Anwar dalam majlis tersebut. Anwar juga tidak menyebut pendirian Dewan Ulama Pas yang sejak awal lagi tidak setuju dengan pendirian beliau dan DAP dalam isu kalimah Allah.

Jika Anwar yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh tidak mampu menyakinkan Pas sebagai parti sekutunya, bagaimana beliau mahu menyakinkan publik termasuk penganut Kristian dalam isu tersebut? Adakah sudah memadai untuk sekadar berkata: “Kita ada pendirian yang jitu. Kami (PR) sentisa bersama anda untuk menentang politik perkauman?.”

Paling tidak pun, Anwar sewajarnya mengambil peluang pada majlis itu untuk menyampaikan keluh kesah umat Islam terhadap gerakan-gerakan Kritianisasi yang dikesan berlaku sejak kebelakangan ini, isu yang sebenarnya turut melatari polemik isu kalimah Allah.

Bukankah akan menjadi lebih hebat jika Anwar selaku bekas pemimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) memainkan peranan dakwah untuk menjelaskan kepada penganut Kristian betapa umat Islam sebagai golongan majoriti negara ini mahu hak dan kepentingan mereka terjaga dan pada masa sama tidak meminggirkan hak bukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, ia tidak berlaku kerana itu mungkin bukan niat Anwar untuk datang dan berucap ke gereja. Beliau datang ke majlis itu sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang memungkinkan beliau diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Tidak kelihatan ia lebih dari itu.

Monday, 17 February 2014

PAS GAGAL MENGEMBANGKAN ISLAM DI SELANGOR! ANWAR IBRAHIM MUNJUL MENJADI JAGUH ISLAM


Setelah dikecam dikiri kanan, atas bawah oleh para blogger Pro Kerajaan atas tindakan beliau menyampaikan ceramah di gereja di Kajang, kenyataan baru Anwar untuk berselindung akan isu itu tersangatlah melucukan. Malah tidak salah kalau dikatakan keanak,anakan dan tidak profesional.

Anwar Ibrahim yang dikatakan calon dari Parti Keadilan Rakyat untuk PRK N25 Dun Kajang telah mengumumkan bahawa mengimarahkan masjid adalah agenda beliau sekiranya memenangi pilihanraya tersebut pada 23 MAC depan. Anwar dikatakan mengumumkan perkara tersebut di dalam program "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti,Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang,lapor Malaysiakini.com.



“Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam,”
katanya.

Selangor di bawah pakatan rakyat sejak daripada 2008. Hampir lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tidak cukup Islamkah di selangor? Bukankah PAS sebahagian daripada kerajaan di Selangor? Kenapa serahkan urusan dakwah dan Islam kepada Anwar Ibrahim? Sudah gagalkah PAS di sana?



Tengok saja kenyataan Khalid Samad daripada PAS.Bukankah itu bukti bahawa hanya PAS sahaja yang paling arif tentang selok belok Islam? Selama ini pun, PAS mendabik dada bahwa merekalah jaguh di dalam urusan ISLAM sampai layak bagi mereka menjatuhkan KAFIR dan menentukan SYURGA dan NERAKA orang Islam. Kenyataan Anwar Ibrahim kali ini seolah olah merendahkan martabat PAS didalam Pakatan Rakyat.

Lagipun, layakkah Anwar menjadi jaguh dalam hal ini? Lihat sajalah track record beliau selama ini. Berbagai kes sosial melibatkan beliau. Video seks, kes liwat di mahkamah, kenyataan bohong tentang 16 September, penipuan Bangladesh dan Blackout. Belbagai bagai lagi isu dikaitkan dengan beliau. Jadi layakkah beliau menjadi jaguh dalam Islam? Lihat sahaja ceramah ceramah beliau. Caci maki menjadi kewajiban beliau.

Sejak pengumuman pilihan raya kecil DUN Kajang ini, Anwar Ibrahim sentiasa memberi jawapan yang berbeza mengapa beliau mahu bertanding. Daripada untuk membantu Khalid Ibrahim, kepada menggantikan Khalid Ibrahim sehinggalah kepada kononnya langkah awal menawan Putrajaya. Dan didalam gereja pula Anwar Ibrahim menggunakan alasan agama untuk membenarkan tindakan beliau.

Jadi bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak sama sekali berpura pura menjadi jaguh dalam memperjuangkan Islam. Dan terbuktilah selama ini bahawa PAS juga telah berbohong tentang kejayaan mereka mengembangkan Islam di Selangor padahal Anwar sendiri menyatakan dialah yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Kajang.Bukan PAS!




SANDIWARA DR SYED AZMAN DIRANCANG? KONSPIRASI LUAR TABIE


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Akibat gurauan itu, ramai rakan penulis menghentam beliau di dalam blog masing-masing kerana mengetahui bahawa berita itu adalah palsu. Tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya di dalam Facebook dan Twitter.

Soalnya, kenapa seorang pemimpin dan wakil rakyat sengaja membuat berita palsu itu hingga menimbulkan kerisauan banyak pihak?Adakah beliau sengaja ingin menipu rakyat?Itu semua tidak benar. Ini adalah helah semata-mata.

Sebenarnya, berita palsu itu sengaja dirancang untuk memberi laluan publisiti kepada Dr Syed Azman sendiri.

Ini kerana Dr Syed Azman akan mengetuai satu pembongkaran tentang salah laku dan penyelewengan terbesar yang kononnya dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional (BN) di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, jumaat ini.
Jika diperhatikan, 'Media Strategy Plan' yang digunakan oleh Dr Syed Azman mirip strategi yang dilakukan oleh Rafizi Ramli tidak lama dahulu ketika meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Ekoran peletakan jawatan Rafizi, timbul pelbagai spekulasi kononnya berlaku masalah dalaman dan perpecahan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada juga yang membuat andaian bahawa Rafizi akan menyertai BN.

Akhirnya, semua rakyat Malaysia tertipu.

Sedangkan, Rafizi sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan liputan peribadi dan publisiti media kerana beliau diarahkan untuk membuat pendedahan tentang penyelewengan yang kononnya berlaku di National Feedlot Corporation (NFC). 

Akibat pendedahan itu, Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi mangsa dan terpaksa akur dengan melepaskan jawatan menteri ekoran tekanan banyak pihak.

Soalnya, jika benar Dr Syed Azman bakal membuat pendedahan penyelewengan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu, adakah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bakal menerima nasib seperti Shahrizat?
Hati-hatilah dengan 'Konspirasi luar tabi'e' oleh mereka ini. 

sumber:shahalamrebels

Zaid bukan ancaman BN - Tun Abdullah

JELI 17 Feb. - Kesediaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN). 

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, hasrat Zaid untuk bertanding tidak wajar dihalang, sebaliknya perlu dialu-alukan kerana perkara itu membuktikan amalan demokrasi terus subur di negara ini. 

"Kalau dia nak bertanding biarlah, malah kalau ada sesiapa lagi nak bertanding, silakan. Tidak ada masalah kerana ini negara demokrasi. 

"Apa yang penting, saya harap semua selamat dan proses pilihan raya akan berjalan lancar, tiada sebarang kekacauan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Penghijauan Bumi anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, dekat sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Peluang 50-50 di #PRKKajang

PUTRAJAYA 16 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang 50-50 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang itu tetap ada tidak kira siapa calon yang menjadi pilihan BN untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarpun peluang untuk menang 50-50, perkara itu bukan satu masalah tetapi PRK kali ini BN perlu bertanding," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya Ke-12 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai peluang dan keperluan BN untuk bertanding di PRK Kajang selepas Anwar mengumumkan beliau akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi tersebut.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar yang merupakan Penasihat parti tersebut bertanding di kawasan berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian.

Ditanya mengenai calon yang akan dipilih BN untuk PRK nanti, Dr. Mahathir berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada BN untuk membuat keputusan.

''Siapa calonnya saya tidak tahu, itu terpulang kepada mereka (BN)," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd